14 February, 2012

PULAU JEREJAK, PULAU PINANG ; Aura Bekas Banduannya Masih Ada...

FEBRUARI 2012

Setiap kali melalui Jambatan Pulau Pinang ke Pulau Pinang, pasti kita akan melihat sebuah pulau disebelah kiri. Itu la PULAU JEREJAK yang luasnya hanya 362 hektar. Sejarahnya bermula sejak 1786 lagi dimana Franchais Light dikatakan singgah ke Pulau Jerejak terlebih dahulu sebelum menuju ke Pulau Pinang.Pada tahun 1910, pulau ini dijadikan sebagai pusat pemeriksaan kesihatan dan kuarantin kepada pendatang sebelum masuk ke Pulau Pinang. Dengar cerita, ada tugu peringatan kat sini yang dibina pada tahun 1914 sebagai memperingati 2 orang anak kapal tentera Rusia yang maut dalam pertempuran. Selepas Perang Dunia ke-2, penyakit batuk kering semakin menjadi-menjadi yang menyebabkan penempatan khas dibina di pulau ini.Pada tahun 1930-an, Hospital Kusta pula dibina di Pulau Jerejak. Akhirnya, pada tahun 1969, sebuah penjara yang menempatkan penjenayah dan banduan buang negeri. Penjara ini telah ditutup secara rasminya pada tahun 1993. Jadi kesimpulannya, Pulau Jerejak mempunyai sentimental value nya tersendiri iaitu penyakit dan banduan.

JETI JEREJAK

Saya bersama 41 orang pelajar Kolej MARA Kuala Nerang memulakan perjalanan di Jeti Jerejak yang berdekatan dengan pusat membeli belah Queensbay. Sekitar kawasan ni banyak gak, gerai makan ikan bakar.Parkingnya luas dan perkhidmatan ferinya beroperasi 2 jam sekali bermula 6.30 pagi hingga 12.00 tengah malam.Bayarannya, kalau tak silap RM 12 sehala.

Kami menaiki feri kecil pada pukul 5.30 petang. Sepanjang perjalanan, kita boleh saksikan pemandangan yang menarik seperti Jambatan Pulau Pinang, Queensbay dan bangunan berhampiran.



 JEREJAK RAINFOREST RESORT

Ini lah satu-satunya resort yang ada di Pulau Jerejak yang dibuka pada tahun 2004. Asalnya, kawasan resort ini adalah Pusat Rawatan Kusta. Kalau hari cuti, biliknya boleh mencecah sehingga RM300++, hari biasa sekitar RM 200++. Kat sini macam-macam ada, kita boleh terjun swimming pool, tracking, berbasikal, naik ATV, buat seminar, tengok mini jambatan gantung, tengok kesan peninggalan penjara, tempat permainan kanak-kanak,main bola pantai, main paintball, memanah dan BBQ tepi laut....

 
 
 
 
 
 
 
 


PRISON TRAIL
Ekspedisi Prison Trail boleh menaiki basikal, kenderaan ATV atau berjalan kaki. Kalau nak guna basikal, bayar RM 10 je untuk satu jam. Memang betul-betul kecewa la. Semua peninggalan sejarah seperti bangunan penjara, pusat tahanan bawah tanah, bangunan warden, tanah perkuburan Rusia, 500 kubur pesakit kusta dan jeti asal semuanya dah jahanam, terbiar, dijadikan kawasan longgokan sampah, semak samun dan banyak yang dah roboh. Jalan pun banyak dah rosak sebab digunakan oleh lori untuk membuat tangki air dan projek pembangunan lain. Kecewa...kecewa...kecewa...Semasa berbasikal terasa gak ada gangguan jin/syaitan. Terutama di kawasan bangunan lama. Meremang gak bulu roma.
 
 
 
 

  GAMBAR DI BAWAH : Tempat ni dah jadi trafik kapal terbang pulak....syok tengok...
 

GAMBAR DI BAWAH : JETI DI PULAU JEREJAK

 
 
 
 
 
 
 
 

13 February, 2012

RESORT GUNUNG JERAI KEDAH; Tenang...memang cukup menenangkan..

DISEMBER 2011

Kebetulan ada promosi harga bilik, so apa lagi jangan lepaskan peluang. Kalau bukan promosi, harga boleh mencecah sehingga RM 300 untuk executive room, kami hanya bayar RM 180 je.Perjalanan menaiki kereta untuk naik ke Regency Resort Gunung Jerai boleh mengambil masa sehingga 30 minit dengan jalan yang bengkang bengkok dan mencabar. Berbau hangit gak tayar kereta. 

Resort ni memang cantik dan menarik betul. Pemandangannya memang cantik dan mengagumkan mata memandang.Cukup menenangkan bila melihat pemandangan sawah padi dan hutan di sekelilingnya. Kebetulan masa kami pergi musim angin kencang. Macam bunyi puting beliung dan pokok-pokok bergoyang kuat. Syok tengok pokok Ru bergoncang ditiup angin kencang. Kemudian ditambah pulak dengan suhu di bawah 24 darjah celcius.... Rasa macam kat Armsterdam, Holland pulak...

Waktu malam memang sejuk. saya rasa macam kat Genting Highland dan Cameron Highland. Di kawasan ni tiada gerai makan, so terpaksa la makan di Resort.Makan jenis goreng-goreng je tapi dekat RM 50 gak abis duit...Malam memang tiada aktiviti hanya sekadar melihat pemandangan waktu malam, kesejukan angin malam dan merasai nikmat ketenangan sambil memuji Allah...

Waktu siangnya , kita boleh melawat tempat-tempat metos dan bersejarah. Kalau nak tau sila lawat post saya ni...http://haizanrunsah.blogspot.com/2012/01/gunung-jerai-kedah-gunung-yang-penuh.html