30 December, 2015

PUSAT SAINS NEGARA Cawangan Wilayah Utara : Ledakan Sains, Teknologi dan Kreativiti di Kedah


PUSAT SAINS NEGARA CAWANGAN WILAYAH UTARA merupakan cawangan pertama Pusat Sains Negara yang dibuka kepada orang ramai pada Mac 2010 di Gunung Keriang Alor Setar. Bangunan ini dibina dengan mengambil kira konsep penjimatan tenaga, mesra alam sekitar dan pameran yang dinamik. Persekitarannya juga dihiasi dengan kehijauan sawah padi dan gunung yang menenangkan pengunjung sebelum menjejak kaki ke dalam dewan pameran.Setakat ini, masuk percuma kecuali kalau ada pameran khas, ada la kena sedikit bayaran. Kebetulan kami datang, ada pameran istimewa yang bertemakan Ledakan Kreativiti. Dibuka bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ada lebih 150 bahan pameran sains dan teknologi yang boleh dicuba, dibaca, didemonstrasi, disentuh, dipegang dan dirasai yang pastinya mencabar minda, kreativiti dan sangat menyeronokkan terutama kanak-kanak dan pelajar.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

28 December, 2015

HELLO KITTY GO AROUND di Kuala Lumpur

HELLO KITTY GO AROUND diadakan di Viva Home Kuala Lumpur bermula pada 19 Disember - 19 Januari 2016. Disebabkan ianya sangat eksklusif, harga tiketnya pun boleh tahan mahal. 

Hari biasa : Dewasa (RM 45) Kanak-Kanak (RM 35). 
Hari Cuti : Dewasa (RM 65) Kanak-Kanak (RM 55). 
Hari Istimewa pada 24 & 25 Disember, 1 Januari 2016 dan 16 Januari 2016 : Dewasa (RM 85) Kanak-Kanak (RM75)

Kanak-kanak memang suka la tempat camni sebab seolah-olah berada dalam dunia fantasi Hello Kitty dengan dekorasi dan aura yang menyeronokkan ditambah dengan lagu-lagu Hello Kitty yang menambahkan lagi mood fantasi. Sebenarnya aktiviti paling utama di sini ialah ambil gambar dengan patung-patung Hello Kitty je. Ada gak beberapa aktiviti yang boleh dicuba dan diikuti seperti Artwork of Hello Kitty, Interactive game booth (Setiap orang diberi percuma 2 permainan yang sangat sekejap, kalau lebih permainan kena bayar tambahan). Selain itu ada creative workshop dan kedai cenderahati. Persembahan dan cinema Hello Kitty juga ada dipersembahkan tapi hanya pada 24-25 Dis, 1 Jan 2016 & 16 Jan 2016, itu pun kena beli tiket yang sangat mahal.

Sebenarnya sasaran Hello Kitty Go Around ni sesuai untuk peminat Hello Kitty yang tegar dan tak kisah dengan tiket yang mahal. Kalau tak, kita akan rasakan sangat tidak berbaloi dan sangat membazir. Kalau betul-betul nak kepuasan boleh pergi Hello Kitty di Johor Bharu http://haizanrunsah.blogspot.my/2013/02/sanrio-hello-kitty-town-nusajaya-johor.html