16 March, 2017

GOLD COAST MORIB RESORT : Senja di Morib....

Gold Coast Morib International Resort terletak di Kawasan Kanchong Laut, Mukim Morib, Banting Selangor. Sebelum kami bercuti kat sini, kami survey dulu blog-blog orang yang pernah pergi, banyak gak respon negatif terutamanya berkaitan bilik dan perkhidmatan kaunter yang disediakan.Risau gak nak pergi tapi kami pergi gak bercuti di Gold Coast Morib so boleh la tau cerita sebenarnya. Kami tempah bilik studio suite melalui online, so dapat la bilik yang murah daripada biasa.Yup, bila check in, biliknya agak lama, ada yakuzi, tetapi kebersihan kurang mencapai standard resort.

Walaupun review yang kurang meyakinkan tapi orang tetap ramai tempah bilik dan bercuti bersama keluarga di Gold Coast. Sebabnya di sini ada tarikan water theme park bersaiz sederhana yang menjadi kegembiraan kanak-kanak dan ahli keluarga. Selain itu, Gold Coast Morib menjanjikan suasana dan keindahan petang, senja dan awal pagi yang mempersonakan, dapat lihat matahari terbenam dan terbit, keindahan pantai yang menakjubkan tanda kehebatan ciptaan Tuhan. Satu lagi, terdapat aktiviti outdoor yang disediakan seperti memanah, ATV Ride, Flying Fox merentas pantai, High Rope Adventure, Kayak dan sebagainya.Memang tempat yang sesuai untuk bercuti bersama family.

 BILIK STUDIO SUITE


SEKITAR GOLD COAST RESORT





PANTAI DI GOLD COAST MORIB








RESTORAN IKAN BAKAR DI PANTAI MORIB
Malam, kami dinner di Pantai Morib, dekat je dari resort, 10 minit sampai. Kat sini ada beberapa restoran ikan bakar dan seafood serta gerai makanan sambil dihiburkan dengan geng-geng buskers. Gerai jual baju, aksesori dan sebagainya pun ada, macam pasar malam mini. Malam minggu yang agak happening di Pantai Morib.


WATER THEME PARK










06 March, 2017

BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR : Melayan Karenah Lotong...

Januari 2017

Sejarah Bukit Melawati ni cukup hebat. Belanda pernah menakluk Bukit Malawati pada Julai 1784 daripada kerajaan Sultan Ibrahim. Kemudian pada Januari 1785, Sultan Ibrahim mendapatkan bantuan daripada Penggawa Tua dan Bendahara Abdul Majid Pahang berusaha untuk menakluk semula Bukit Malawati. Akhirnya dalam tempoh satu malam sahaja, selepas waktu Isyak, kerajaan Sultan Ibrahim berjaya menghalau Belanda sebelum waktu subuh.

Sekarang, Bukit Malawati dah jadi pusat pelancongan utama di Kuala Selangor. Macam-macam peninggalan sejarah yang boleh diterokai contohnya meriam yang diletakkan di tepi-tepi jalan, meriam penggawa, Telaga Tujuh, tempat pancung kepala, Perigi Beracun, Busut Melawati, Batu Hampar, Tangga Seratus, Makam Sultan, Muzium Sejarah dan Permainan Kuala Selangor dan Rumah Api.

Bukit ni redup dan rasa sejuk je sebab banyak pokok-pokok yang rimbun yang berusia lebih 100 tahun dan penghuni utamanya ratusan kera dan lotong yang sangat jinak. Cuba bagi keledek, pisang dan kacang panjang, memang geng-geng ni datang berkerumun mintak makanan, kalau lambat sikit atau tak bagi makanan, lotong ni akan naik bahu kita...takut gak... Ada satu cerita, tak tau la betul ke tidak, pada tahun 1960, ada seorang budak lastik lotong berhampiran makam, pastu menggelupur dan pengsan budak tu.Tak tau la sahih ke tidak crita tu. Kalau hari biasa, kita boleh naik Bukit Malawati dengan kenderaan sendiri. Hari cuti, hanya boleh guna tram sahaja dengan harga tiket dewasa RM 3 dan kanak-kanak RM 2.00. Kalau time cuti, ramai gak pelancong datang.