03 December, 2017

SKYTREX ADVENTURE MELAKA : Menguji Fizikal dan Mental tapi Best

NOVEMBER 2017

SKYTREX ADVENTURE MELAKA terletak di dalam kawasan Taman Botanikal Ayer Keroh, dekat dengan Taman Burung, Muzium Lebah dan Melaka Wonderland. Kami team Kolej MARA Kuala Nerang seramai 33 orang buat tempahan melalui online di website www.skytrex-adventure.org. Tempahan melalui online dapat la harga seorang RM 65. Kalau beli tiket kat kaunter RM 70, cuma risikonya, takut tempahan penuh. 

Risiko kalau beli tiket secara online ni, kalau ada sapa-sapa yang tak boleh join, bayaran tak boleh mintak balik. Duit burnt. Nasihat diorang, kena cari pengganti, kalau sapa-sapa tak boleh join. Semasa kita buat tempahan online, ada ruangan 'add on' untuk sapa-sapa yang nak beli stokin, sarung tangan, mineral water, sijil dan sebagainya. Kami tak beli apa-apa 'add on' pun. Sediakan sendiri je. Sebarang masalah call 018-9075679

Satu lagi, paling penting, sebelum tempah pastikan BERAT tidak lebih 100 kg dan TINGGI tidak kurang 140 cm.Ada slot pagi dan petang. Kami ambik slot 9.00 pagi. Setiap slot dibenarkan maksimum 20 orang. Tapi disebabkan kami ramai, 33 orang dan satu team pulak tu, so semua mula 9 pagi. Mesti lengkap pakaian sukan.

Kami menginap satu malam di Taman Botanikal ni. Betul-betul sebelah Skytrex, so jalan kaki je. Harga satu malam RM 50 dan boleh muat 6 orang. Tilam single disediakan, tiada katil, tiada bantal dan tiada cadar. Tidur je kat lantai. Hanya ada satu kipas dinding sahaja. Siang dan malam sangat panas, berpeluh dibuatnya. Tandas kat luar, nak mandi pun kat luar, lebih kurang 50m jalan kaki. Waktu petang, nyamuk sangattttttt banyak. Tapak perkhemahan pun ada, kalau nak sewa. Hubungi Dangau Ilham Taman Botanikal Melaka : 017-6171379 (Puan Nazihah) atau 011-10109137 

Ada 3 level halangan yang disediakan iaitu :
1) Little Dino : Sesuai untuk kanak-kanak ni. Ada 11 halangan.

2) Pahlawan Thrill : Sesuai untuk intermediate. Ada lebih kurang 25 halangan

3) Extreme Warrior: Sesuai untuk Advance. Ada lebih kurang 37 halangan. Yeaaaaaaa... kami ambik pakej yang ni. Flying Fox pun ada 15 point. Lain-lain halangan seperti Ladder Up, Wood Step, Walking Cable, Cargo Net Up, Flying Swing, Rope Bridge, Floating Bridge, Zig Zag, Circle, The UFO, Sky Bike, Zig Zag, Trampoline dan sebagainya.

Sebelum mula, kami dimestikan isi borang dulu yang mengesahkan jika berlaku apa-apa risiko, pihak Skytrex tidak bertanggungjawab. Disebabkan pagi, hujan, so kami lewat sikit mula. Cuaca dah ok, kami pun pakai peralatan untuk skytrex. Kemudian ada taklimat cara-cara penggunaan peralatan di kabel. Kemudian buat practise sikit kat halangan yang mudah supaya kita boleh biasakan bagaimana menggunakan peralatan. 

Kemudian kami dibahagi-bahagikan kepada 6 orang untuk setiap instructor. Kemudian....lets gooooooo.....bermulanya cabaran Skytrex. Tempoh masa nak selesaikan semua halangan bergantung kepada kelajuan setiap kumpulan. Average dalam tempoh 2 - 3 jam. Memang agak memenatkan, berpeluh dan agak menyakitkan badan. Perlu kekuatan fizikal terutama kaki dan tangan. Apa-apa pun best dan mampu ubah diri kita ke arah yang lebih baik.


02 December, 2017

GUNUNG DATUK : Antara Pemandangan 360 darjah Paling Cantik di Malaysia



NOVEMBER 2017

Info, Cadangan dan Pandangan Peribadi berdasarkan pengalaman kami:

Nama Team : 7 HIKERS (Student dan ex-student Kolej MARA Kuala Nerang Kedah)

JUMLAH:33 orang [13 perempuan dan 20 lelaki ]



Nama Gunung        : GUNUNG DATUK
Lokasi                    : KAMPUNG BATANG NYAMOR, DAERAH REMBAU NEGERI SEMBILAN 
(30 km + dari Seremban, 15 km dari Pekan Tampin, 21 km dari Pekan Rembau)
              
Ketinggian             : 884 meter / 2,900 kaki


Reputasi Gunung   : Sangat popular dikalangan pendaki dalam dan luar negara. Kalau masa cuti beratus orang mendaki. Pelbagai negeri dan negara. Kami terserempak dengan pompuan orang putih yang dah naik Gunung Everest, hikers dari Singapura dan ntah mana-mana negara. Warga emas pun ramai yang mendaki. Ada gak yang training kat sini, sampaikan kami tak sampai puncak lagi tapi dah terserempak dengan brother ni 3 kali....Laju gilerrr...


Mengikut Wikipedia, ranking no. 175 tertinggi di Malaysia.

Mengikut sejarah, tahun 1372, Gunung Datuk pernah diadakan perhimpunan ketua-ketua adat dan pengistiharan Datuk-Datuk Undang dan Datuk-Datuk Lembaga dalam sistem Adat Perpatih yang diketuai Datuk Perpatih Nan Sebatang. Selepas upacara pelantikan selesai Datuk Perpatih dikatakan telah ghaib.

Mistik   : Walaupun laluan yang jelas tapi setiap tahun mesti ada pendaki yang sesat. Kami diberi taklimat oleh Pengusaha Cabin (dah 7 kali naik Gunung Kinabalu..otai betul) supaya berhati-hati dengan laluan yang curam dan ular berbisa. Jalan dalam kumpulan jangan berpecah. Jangan sombong dan cakap benda-benda yang pelik. Paling mistik bila dia kata, berhati-hati kalau tiba-tiba ada orang tua tegur dan tunjuk jalan, berhati-hati bila terhidu bau masakan dalam hutan dan berhati-hati bila dengar bunyi air terjun yang mungkin boleh perangkap kita untuk sesat. Pengalaman dia, pernah cari orang sesat yang telah disorok. Kesimpulannya walaupun gunung yang sangat popular tapi penuh dengan mistik yang menakutkan.

Starting Point :
Starting point utama of course di Kaki Gunung Datuk. 

Tapi kami bukan dari situ. Kami bermula di SOLOK SENGKUANG CABIN D'VILLAGE. Sebab kami menginap satu malam di sini. Kami bermula betul-betul kat belakang hutan area cabin ni.

ni la satu-satunya penginapan paling dekat dengan Gunung Datuk diusahakan oleh orang kampung. Harga satu Cabin : RM 60 sehari, boleh muat 4 - 6 orang. Kipas dinding satu je. Tandas dan bilik mandi kat luar dan berkongsi. Siang, kabin ni sangat panas. Malam, sejuk. Kawasan yang sunyi dan nak masuk tempat ni pun kena melalui ladang kelapa sawit yang agak jauh kalau berjalan. Waze pun tak boleh nak detect. Kerbau liar tengah berkubang pun ada kat sekitar sini.

Kami tempah sarapan dan makan tengahari kat sini. Rate yang diaorang bagi untuk sarapan RM 4 dan makan tengahari RM 8. Kat sini pun ada kolam mandi besar yang ditakung dengan air sungai yang fresh. Sorang RM 3. Hubungi/whatsapp: 0172278003

Rating                    :  6/10
Cabaran Laluan     : 
Laluan yang sangat jelas dan ada papan tanda sebagai rujukan. Laluan mendakinya menaik dan terus naik, takde turun-turun bukit. Takde puncak tipu. Ada laluan menaik yang landai dan ada laluan yang 60 - 80 darjah. Laluan yang bahaya ada tali disediakan. Kalau hujan, memang agak becak dan licin. Laluan yang berakar dan berbatu di kelilingi hutan yang agak tebal dan udara yang segar, pokok-pokok kayu hutan dan balak yang masih terpelihara. Pacat tak banyak.

Bagaimana Nak ke GUNUNG DATUK guna bas lompat : 
Sebenarnya takde bas yang betul-betul berhenti depan Gunung Datuk. Disebabkan kami backpack, kami ambik bas lompat MYBUS terminal 8 dari Terminal One Seremban menuju ke Tampin. Tapi kene turun kat Kota. Bgtau je kat Driver Bas. Sejam lebih gak baru sampai. Pastu mintak penginapan Solok Sengkuang ambik dengan lori (kene bayar ni) untuk ke tempat penginapan.

Pemandangan       : Hutan Balak & Semulajadi yang tebal dan terpelihara,  hutan berbatu, pemandangan puncak 360 darjah yang sangat menakjubkan

Cuaca                   : Masa kami pergi cuaca redup, udara dingin dan sangat segar

Guide                    : Laluan sangat jelas dan tidak perlu guide. Disebabkan, kami ramai, 33 orang, terpaksa le upah guide dengan kos RM 100 seorang. Tempat menginap kami yang akan uruskan guide. Guide kami ni sangat berpengalaman dan rekod Gunung Datuk 45 minit je naik dan turun. Wow...

Bayaran            : RM 5 permit, dibayar di pondok pintu masuk starting point. 

Tempoh Pendakian : Masa berdasarkan 33 orang team kami. 13 perempuan, 20 lelaki.
Mendaki : 2 jam 45 minit (orang terakhir)
Turun     : 2 jam 15 minit (orang terakhir)

Bekalan Air         :  3 - 4 botol minuman 600 ml dah cukup untuk kami


PUNCAK GUNUNG DATUK

(Berbatu dan Pemandangan 360 dajah. Angin bertiup dingin. Pemandangan sangat menakjubkan dan antara pemandangan gunung terbaik di Malaysia. Sangat kagum, terasa kerdil dan terasa hamba yang lemah melihat kekuasaan dan kehebatan Allah. Risiko jatuh dari batu sangat tinggi, kurang safety, boleh mengakibatkan kematian dan kecederaan)

ALHAMDULILLAH.....kami berjaya misi Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan