08 August, 2012

TAMAN ANGGUR PERLIS : Perintis Anggur Malaysia...

 JUN 2012

Saya percaya, pada tahun 80an, ketika itu apabila ada orang yang mencadangkan untuk menanam anggur di tanah dan cuaca di Perlis, pasti ramai yang memandang sinis, pasti ramai yang tidak percaya cadangan itu boleh dilaksanakan dan mungkin ada yang tergamak mengatakan 'kerja gila'. Hasil penyelidikan yang serius dan berterusan bermula sejak 1987 lagi, akhirnya projek perintis dan pertama di Malaysia ini telah menampakkan hasil yang menakjubkan apabila kumpulan pertama 800 pokok anggur jenis IAC, White Malaga, Black Queen, Black Opal dan Loose Perlitte berjaya ditanam di atas tanah seluas lebih 5 hektar dan menghasilkan rasa anggur yang manis dan 'agak rangup'.

Rupa-rupanya anggur ni suka musim kemarau 3-4 bulan supaya senang nak berbunga dan berbuah.Anggur suka cahaya matahari yang banyak dan hujan yang kurang 800mm setahun. Kalau pokok anggur terkena air yang berlebihan, nanti anggur akan jadi masam. Selain itu, anggur cukup suka suhu antara 21 - 31 celcius dan kelembapan 75-80%....ooooo sekarang baru la tau, ingat anggur ni suka duduk iklim sejuk rupa-rupanya suka panas...Tempoh matang pokok anggur ni antara 8-12 bulan dan tiada musim...boleh tahan lama tu...

Masa kami pergi hari tu...kami hanya masuk Kangar Perlis, pastu kami cari 'signboard' Taman Ular dan 'follow'. Sampai Taman Ular, kena jalan depan sikit...mungkin tak sampai 5 km, sampai la Taman Anggur tu...Boleh tahan besar ladang tu..Walaupun begitu, bila kami bandingkan ladang anggur di Sik, Kedah dan Perlis, rasa-rasanya tengok Ladang Anggur di Sik Kedah lebih mengujakan...Cuma, sebelum pergi Sik tu kena la call Ladang Anggur kat situ "ada anggur ke tak" kalau tak sia-sia la datang jauh tapi hanya dapat tengok daun anggur je....


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Meleleh air liur...manisssss dan rangupppppp...tak tahan nak beli lagi ni...

05 August, 2012

BAZAR RAMADHAN STADIUM DARUL AMAN ALOR STAR: Bazar Yang Terkenal, Termeriah dan Tersesak di Kedah....

OGOS 2012

Bazar Ramadhan Stadium Darul Aman Alor Star adalah antara yang terbesar, terkenal, termeriah dan tersesak di Kedah. Banyak restoran-restoran dan kedai-kedai makan terkenal di Kedah membuka gerai Ramadhan di sini. Bukan setakat makanan terkenal Kedah, makanan negeri lain pun ada dijual.Kalau datang pukul 5.30, memang sesak la tempat ni, susah nak masuk setiap lorong...

Tetapi yang paling menarik perhatian saya,  
GERAI MINUMAN TEH BUNGA. Nak beli air je... tapi kena berpanas dan beratur panjang, siap tauke tu bagi payung lagi tu...dengar kata. gerai ni pernah masuk TV3...hebat sangat ke air ni...sampai orang sanggup berdiri lama...Saya rasa ada unsur psikologi kot...bila ramai orang beratur, so orang anggap air ni best...walhal, ada gak beberapa gerai yang jual teh bunga tapi tak la famous pulak....Setelah 40 minit, berjaya gak beli 6 bungkus air dengan harga RM 2 sebungkus....

 
 


Gambar di bawah : Gerai-gerai di Bazar Ramadhan Stadium Darul Aman....

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sempat la saya beli sate, air teh bunga yang terkenal dan sata Johor dari Bazar Stadium Darul Aman untuk mentee saya dalam MAJLIS BERBUKA PUASA PELAJAR MATRIKULASI PERAKAUNAN di Dewan Badlishah Kolej MARA Kuala Nerang...sejuk sikit ada aircond....Seronok gak buka puasa ramai-ramai sambil duduk bersila......oooppp...nak tahu rasa air teh bunga yang saya beli...ermmmm biasa je..rasanya memang berbeza dengan air tin teh bunga Yeos...rasa kuat pada bunga tu...seolah-olah seperti rasa herba...