30 December, 2015

DISCOVERIA : Meneroka dunia Dinosaur

Bila masuk je DISCOVERIA, kita akan merasakan satu suasana yang sangat berbeza, persekitaran yang agak gelap dengan lampu yang samar-samar dicelah-celah hutan buatan, diikuti bunyi-bunyi dinosaur yang kadang-kadang menggerunkan  seperti betul-betul berada dalam era Dinasaur Mesozoic, 250 juta tahun dahulu. Terletak di tingkat 4, pusat membeli belah Avenue K berdekatan dengan Suria KLCC dibuka bermula jam 10 pagi - 7.00 petang dengan tiket dewasa RM 25 dan kanak-kanak RM 35. Sebelum masuk, pengunjung akan diberi baju khas, lampu suluh dan peta untuk buat aktiviti.


 1) DINOSAUR ANIMATRONICS & DINO QUEST
Saksikan 22 jenis dinosaur animatronics yang boleh bergerak-gerak dengan suaranya sekali seperti Diplodocus, Ankylosaurus, Stegosaurus, Pachycephalosaurus, Pteranodon, Triceratops, Sinosauropteryx, Ornitholestes, Parasaurolophus, Protoceratops, Velociraptor, Spinosaurus, Ornithomimus, Dimetrodon, Utahraptor, Styracosaurus dan Tyrannosaurus Rex . Setiap dinosaur disediakan maklumat berkaitan latarbelakang dinosaur Selain itu, kanak-kanak akan diberi satu Dino Detector Wristband dan peta berbentuk tugasan  dan soalan yang perlu diselesaikan. Seolah-olah seperti aktiviti mencari Harta Karun. Kalau berjaya selesaikan 10 tugasan tersebut dengan betul akan diberi satu sijil.


 
 
 

2) RACE A THEROPOD
Pengunjung boleh berlumba lari sejauh 10m dengan dinosaur secara simulasi.
 

3) BE A PALEONTOLOGIST
Kanak-kanak akan cuba cari tulang dinasour di kawasan berpasir.

4) DINOSHOOTING RANGE
Tembak dinosaur menggunakan senapang paintball.


5) BERMAIN BOLA DI GUNUNG BERAPI

THE PARENTHOOD & MY KINGDOM Kuala Lumpur : Pertama 'One-Stop Parenting & London Street Concept' di Malaysia

The Parenthood terletak di Aras 2, Pusat Membeli belah Sunway Putra berdekatan dengan PWTC. Masuk percuma. Bagi saya tempat ni agak unik dan berbeza kerana menempatkan banyak kedai yang berkaitan barangan dan keperluan bayi dan kanak-kanak dalam satu tempat dengan persekitaran seolah-olah seperti di 'London Street'. Contohnya ada kedai jual pakaian & peralatan bayi & kanak-kanak, kedai peralatan birthday, buku kanak-kanak, alatulis, pendidikan kanak-kanak, kedai permainan, kedai gunting rambut, spa, kafetaria, playground dan sebagainya. Kalau tengok maklumat kat website dikatakan konsep The Parenthood yang ditonjolkan adalah pertama di Malaysia dan dibuka kepada orang ramai sejak Disember 2015.

 
 
 
 
 
 

MY KINGDOM
Dalam The Parenthood ni ada satu tempat untuk permainan indoor untuk kanak-kanak. Boleh tahan besar tempatnya, selesa dan mampu menyeronokkan untuk kanak-kanak berumur 2 - 12 tahun. Selain bermain, ada gak aktiviti pembelajaran yang disediakan. Maklumat lanjut boleh rujuk                         http://mykingdom.com.my/partners/ 
Bayaran hanya dikenakan kepada kanak-kanak sahaja. Ibu bapa atau penjaga dan kanak-kanak bawah 1 tahun percuma dengan syarat 1 kanak-kanak untuk seorang ibu atau bapa. Nak masuk kena pakai stokin, kalau tak bawak kena beli kat situ. Dibuka jam 10 pagi - 10 malam, Isnin hingga Ahad.




 
 
 

PUSAT SAINS NEGARA Cawangan Wilayah Utara : Ledakan Sains, Teknologi dan Kreativiti di Kedah


PUSAT SAINS NEGARA CAWANGAN WILAYAH UTARA merupakan cawangan pertama Pusat Sains Negara yang dibuka kepada orang ramai pada Mac 2010 di Gunung Keriang Alor Setar. Bangunan ini dibina dengan mengambil kira konsep penjimatan tenaga, mesra alam sekitar dan pameran yang dinamik. Persekitarannya juga dihiasi dengan kehijauan sawah padi dan gunung yang menenangkan pengunjung sebelum menjejak kaki ke dalam dewan pameran.Setakat ini, masuk percuma kecuali kalau ada pameran khas, ada la kena sedikit bayaran. Kebetulan kami datang, ada pameran istimewa yang bertemakan Ledakan Kreativiti. Dibuka bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ada lebih 150 bahan pameran sains dan teknologi yang boleh dicuba, dibaca, didemonstrasi, disentuh, dipegang dan dirasai yang pastinya mencabar minda, kreativiti dan sangat menyeronokkan terutama kanak-kanak dan pelajar.