Pesta Pulau Pinang kembali meriah dan penuh warna warni dan paling istimewanyatahun 2016, genapnya penganjuran Pesta Pulau Pinang 50 tahun. Maksudnya kali pertama buat pada tahun 1966. Wowww..lama tu..Masih mengekalkan tiket dewasaRM 3, kanak-kanak RM 1 dan parking RM 5 yang bermula jam 6.00 petang - 12.00 tghmalam serta dilangsungkan sehingga 31 Disember. Dengan tiket yang murahmenyebabkan ramai pengunjung setiap hari. Masa kami pergi masa ni, dah lebih300,000 ribu pengunjung. Tema pesta kali ni lebih kepada perdagangan, pelancongan,kebudayaan dan fiesta. Lebih daripada 160 gerai jualan berkaitan pakaian, elektronik,kesihatan, pelancongan, hiasan, perabot, pokok hiasan, produk kraftangan danmacam-macam lagi.
Ada 80 program yang berkonsep kesukanan, riadah dankekeluargaan seperti konsert, malam kebudayaan negeri, pertandingan silat, pestatinju dan pertandingan Muay Thai. Pameran pun banyak daripada agensi kerajaan,swasta dan beberapa buah negara seperti Indonesia, Thailand dan sebagainya. Gerai makan pun banyak dan tempat yang lebih selesa. Macam biasa, Fun Fair mesti ada la.Boleh tahan mahal. 1 token :RM 2. Sekali main sekitar 3 - 6 token. Kami naik EuroWheel, seorang 4 token, kalau naik 4 orang, abis RM 32.Kelainan yang ketara Pesta Pulau Pinang 2016, disediakan Taman Elektra yang mempunyai banyak hiasan lampu yang kreatif dan bergemerlapan terutama di kawasan terowong lampu. Pengunjungmemang suka sangat ambik gambar kat sini. Apa lagi Jom Pesta Pulau Pinang
Sebenarnya banyak konsultan yang mengendalikan aktiviti ekstrim di Gopeng. Contohnya Nomad, Riverbug, Radak Adventure, Kem Bara Murni, My Gopeng Resort dan banyak lagi. Setelah buat survey secara terperinci kami pun pilih pakej RADAK ADVENTURE. Dengan 35 orang peserta, diorang kenakan RM 150 seorang untuk pakej
CAVING GUA TEMPURUNG (LEVEL 3) dan WHITE WATER RAFTING SUNGAI KAMPAR
MAKAN TENGAHARI & MINUM PETANG
AIR MINUMAN BOTOL
PERUNDING YANG BERPENGALAMAN, MAHIR DAN SIJIL YANG DIIKTIRAF
TOPI KESELAMATAN & JAKET KESELAMATAN
DAPAT SIJIL RADAK ADVENTURE
GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI
PENGANGKUTAN LORI KE GUA TEMPURUNG & SUNGAI KAMPAR
Kadang-kadang tu risau gak bawak student ni sebab selain takde pengalaman, lelaki 10 orang je, 25 orang lagi perempuan. Boleh ke diorang ni. Tawakal je la. Setelah call Radak Adventure, diorang pun beri jaminan Insha Allah selamat dan diorang pun mengamalkan polisi 'Safety First' serta mempunyai perunding yang berkelayakan. So...apa lagi kita on je...
BUCKET LIST #1 : CAVING GUA TEMPURUNG
Seperti yang dijanjikan, kami pun tunggu di Gopeng Cafe di Pekan Gopeng, betul-betul dekat dengan perhentian bas. Wakil dari Radak dah standby untuk jemput kami dan bawa kami ke lokasi kampung. Sampai situ, ada 2 lori yang sedang menunggu untuk bawa kami masuk kampung dan menuju ke Kem Radak Adventure. Lebih 20 minit kami naik lori sambil menikmati keindahan dan persekitaran kampung, melihat aktiviti orang kampung, melalui dusun buah-buahan, kebun getah, ladang kelapa sawit, kawasan belukar, pemandangan sungai dan bukit bukau, melalui jalan yang sempit. Pantang jumpa orang tepi jalan, mesti nak lambai tangan. Orang kampung pun sangat sporting, macam dah biasa dengan situasi camtu. Sampai je di Kem Radak, kami kena isi borang dulu, letak beg, pastu ambik topi keselamatan dan air minuman botol. Kalau ada yang takde kasut hiking, boleh sewa dengan harga RM 3 (kasut getah, biasanya kasut pegi kebun tapi sangat lasak)
Lepas tu, kami pun naik lori semula dan menuju ke Gua Tempurung. Sebelum masuk Gua Tempurung, kami diberi taklimat terlebih dahulu oleh Jurupandu Radak, kemudian buat senaman sikit, pastu terus masuk gua. Bagus la jurupandu kami ni, sambil jalan-jalan, kami diberi penerangan tentang gua ni.
Gua Tempurung ada 5 kubah besar dengan syilingnya berbentuk seperti tempurung kelapa. Cukup menakjubkan bila masuk gua ni. Di sini memang dah disediakan tangga khas dan lampu spotlight yang mengindahkan lagi suasana gua. Jangan bimbang dengan kemudahan dalam gua ni sebab dah diiktiraf selamat oleh IKRAM. Follow je tangga tu sambil menikmati keindahan gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia sepanjang 1.9 km dan menghayati kehebatan ciptaan Allah yang wujud sejak 8,000 sebelum masihi lagi. Just hayati kejadian stalagmit dan stalaktit yang terbentuk melalui proses ribuan tahun dengan pelbagai bentuk yang menakjubkan dan sukar digambarkan dengan kata-kata.
Kalau
ikut sejarah, ada dua peristiwa penting berkaitan Gua Tempurung iaitu
pernah dijadikan tempat persembunyian komunis sekitar 1950 - 1960 dan
tempat perlombongan bijih timah, buktinya ada tulisan cina lama yang
ditulis di batu sebagai memperingati aktiviti perlombongan.Kami
pun sampai ke penghujung tangga dan selesai Level 1. Bermulanya saat
penerokaan yang sangat mencabar dan menggerunkan. Nak masuk Level 3
& 4 perlukan jurupandu yang bertauliah, tak boleh pegi tanpa
pengawasan. Kalau nak rasa selamat, lebih baik guna pakej konsultant
seperti Radak Adventure sebab diorang sediakan topi keselamatan dan 3
jurupandu yang mengawasi keselamatan.
Boleh
tahan gak cabaran dalam gua ni. Terpaksa lalui jalan yang sempit,
melalui lubang kecil, sliding kat batu yang besar dan licin untuk sampai
ke bawah, melalui laluan yang sempit, melalui anak sungai dalam gua dan
memang confirm satu badan akan basah. Di pertengahan jalan, kami
berhenti jap untuk bertafakur. Semua orang tutup lampu dan senyap selama
1 minit. Perasaan yang cukup hebat dan tak mampu diungkap dengan
kata-kata, gelap yang sangat gelap, adakah begini suasana dalam
kubur.....
Setelah 1 jam 30 minit, kami pun selesai. Syukur semuanya
selamat dan pengalaman yang sangat hebat.
BUCKET LIST #2 : WATER RAFTING SUNGAI KAMPAR
Setelah penat caving, kami pun makan tengahari (disediakan oleh Radak). Rehat jap, pastu jam 2.30 petang, kami bertolak naik lori ke Sungai Kampar. Kami diberi penerangan yang sangat lengkap dan jelas berkaitan keselamatan dan teknik untuk mengendalikan paddle dan segala situasi semasa dalam bot.
Tapi sebelum bermulanya water rafting. Semua orang kena buat water confident. ahhh saya failed part ni, banyak gak terminum air. Trauma gak sekejap.
Kami akan melalui lebih kurang 22 jeram yang berbeza sejauh 7 km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Boleh tahan jauh tu. Meh tengok gambar part-part yang menakutkan tapi menyeronokkan...
Di pertengahan jalan, kami rehat jap untuk mandi-mandi, minum air dan ambik gambar.
Dah puas mandi kami pun meneruskan perhentian terakhir iaitu di kem Radak. So tamat la water rafting yang sangat mengujakan dan menguji kekuatan fizikal, mental dan emosi. Tawakal yang kuat mesti ada. Kena lawan perasaan takut dan kena ada prinsip 'never give up'. Sebagai kejayaan meneroka gua dan water rafting, kami diberi sijil sebagai kenang-kenangan.....memang best la...u all cuba la pulak....