26 March, 2020

LOST WORLD OF TAMBUN: Taman Tema Berlatar belakang Batu Kapur 400 juta tahun

JANUARI 2020


SAKSIKAN VIDEO YOUTUBE & 
Jangan lupa SUBSCRIBE video ini


Lost World of Tambun berkonsepkan pengembaraan, keluarga dan 'action packed'. Taman tema yang mempunyai pemandangan hutan tropika, air panas semulajadi dan batu kapur yang berusia 400 juta tahun.

Bukan hanya bermain air sahaja tetapi terdapat banyak tarikan lain seperti petting zoo, tiger valley, tin valley, permainan hiburan, aktiviti ekstrim, mandi air panas semulajadi dan sebagainya.



Hotel lost world pun ada. Nak explore satu hari memang tak cukup masa. Taman tema yang lengkap, pelbagai dan memenuhi citarasa semua peringkat umur. Memang 'More than just a theme park'

DIBUKA : Hari biasa - 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Hari cuti - 10.00 pagi hingga 6.00 petang. (Tutup hari selasa)

TIKET WALK-IN : 13 Tahun ke atas - RM 117, Kanak-kanak 12 tahun ke bawah - RM 110, Warga emas 60 tahun ke atas - RM 110. Kanak-kanak dengan ketinggian bawah 90 cm adalah percuma. Kalau bayar online, biasanya ada diskaun promo code.



 LOST WORLD HOTEL


 

LOST WORLD HOT SPRINGS NIGHT PARK



 

 

 

 

 

LOST WORLD WATER PARK

Keunikan water park dengan berlatarbelakangkan bukit dan kehijauan hutan yang mendamaikan. Sekarang ni, pemakaian Dress Code adalah dimestikan. Kalau tidak, tengah syok main air, petugas akan meniup wisel dan mengarahkan kita untuk tukar pakaian mandi dengan segera.



Kalau tak bawa, terpaksa la beli kat dalam Lost World ni. Jangan bimbang pakaian mandi wanita Muslimah, lelaki, dan kanak-kanak ada dijual. Kalau takut barang hilang, boleh sewa locker (Besar RM 40, sederhana RM 30 dan kecil RM 20)

Antara tarikan permainan air yang disediakan di Lost World Water Park ialah :

💦JUNGLE WAVE BAY - Kolam berombak yang terbesar di Malaysia. Ombaknya boleh mencecah ketinggian 3 kaki. Pelampung dan tube disediakan tetapi berbayar (Double tube RM 18 dan single tube RM 13). Keselamatan memang dijaga dengan baik. Kerap sangat kedengaran bunyi wisel sebagai amaran bahaya dan risiko ke atas pengunjung yang leka bermain air. Ada persembahan DJ dan pool party jam 2.15 petang, 3.00 petang dan 5.15 petang.

💦ADVENTURE RIVER - Merupakan sungai buatan terpanjang di Malaysia. Sewa dulu tube, kemudian kita menyusuri sungai dan ikut sahaja aliran air yang sederhana deras. Sepanjang menyusuri sungai buatan ini, kita akan melalui beberapa terowong dan pintu gerbang dengan air pancut dan simbahan air seperti air terjun. Bunyi-bunyi haiwan dan dinasour menambahkan lagi mod seperti berada di dalam hutan.





💦KIDS EXPLORABAY 
Kolam yang digemari oleh kanak-kanak. Air yang cetek dan banyak permainan yang disediakan terutama gelongsor, meriam air, spraying elephants, water curtains,  fountains dan kapal lanun.










💦CLIFF RACER & TUBE RAIDER - Permainan yang paling popular dikalangan remaja dan dewasa. Beratur panjang. Kecuali kalau beli tiket eksklusif yang boleh tahan mahal, diaorang tak perlu beratur, ada ruangan khas disediakan. Kanak-kanak dengan umur dan ketinggian tertentu sahaja dibenarkan untuk join permainan ini. Semua gajet dan aksesori tertentu pun tidak boleh dibawa bersama.

Tube Raider dikatakan terpanjang di Malaysia. Rasai pengalaman sekitar 5 minit je kot menggelongsor coaster dan giant slide yang ekstrim dengan kelajuan maksima dan pasti terjerit-jerit dibuatnya.

💦 SAND BAY - Pasir yang memutih apabila disinari cahaya matahari di sepanjang kolam menambahkan mod seolah-olah berada di tepi pantai dan pulau.
 
 

LOST WORLD PETTING ZOO

Seperti zoo. Terdapat pelbagai haiwan liar dan jinak dipamerkan. Kita boleh menyaksikan pelbagai spesis tarantula, arnab yang comel, raccoon, kura-kura & penyu yang unik, lebih 500 jenis burung dengan 18 spesis, memancing anak-anak ikan, marmoset yang seperti tupai-monyet, ular yang menakutkan, zirafah, zebra dan ostrich. Ada juga rain forest trail disediakan. Sambil berjalan, boleh melihat haiwan seperti rusa, tupai, monyet, musang dan sebagainya.




 

 

 

 

 

 

 

 

LOST WORLD AMUSEMENT PARK

👦ADVENTURE EXPRESS - Perjalanan sekitar 30 minit menaiki keretapi melalui hampir semua lokasi di Lost World. Semasa sedang asyik menaiki keretapi, jangan terlepas peluang melihat harimau, gua, lombong, orang yang sedang berkayak, tasik, mini zoo, haiwan liar, petting zoo, keindahan batu-batu bukit yang unik dan pantai buatan. Kalau tak larat nak jalan-jalan semua tempat dalam Lost World ni, memang digalakkan untuk naik keretapi.







👧LUPE'S ADVENTURE - Ini pun permainan yang paling popular. Roller Coaster harimau yang meluncur laju bersimpang siur, turun dan naik dengan kelajuan yang membuatkan kita tak henti-henti menjerit. Walaupun laju, masih sempat lagi melihat pemandangan sekitar kolam mandi. Kemudian melalui terowong gelap dengan bunyi-bunyian yang menggerunkan. Wow...5 minit yang meng adrenalinkan.

👦PERAK PARADE, STORMRIDER, GIDDY GALLEON, DRAGON FLIGHTS & HAUNTED CHAMBERS - Permainan yang biasa di lihat di mana-mana taman tema. Menaiki kuda yang berpusing, menaiki kapal lanun yang berayun 180 darjah, permainan yang berpusing sehingga pening dibuatnya dan rumah hantu.

 

LOST WORLD TIN VALLEY 

Tin Valley merupakan tarikan yang unik dan lain dari yang lain berbanding taman tema lain di Malaysia. Sejarah perlombongan bijih timah yang dahulunya terkenal di Perak di pamerkan di Lost World bagi memastikan generasi seterusnya tidak lupa.

TIN HISTORY WALK, TIN TRAIL & DULANG WASHING - 

Terdapat sejarah bertulis berkaitan perlombongan bijih timah di perak di pamerkan.Pengunjung juga boleh melihat dengan mata sendiri model aktiviti pendulangan bijih timah satu ketika dulu. Bukan hanya membaca dan melihat, pengunjung juga diberi peluang untuk membuat aktiviti pendulangan sendiri dan merasai sendiri pengalaman mendulang bijih timah yang pernah dilakukan oleh nenek moyang kita dahulu.


TIN BEARERS & DULANG TEA HOUSE - Gajah merupakan satu-satunya pengangkutan yang digunakan semasa aktiviti perlombongan bijih timah satu ketika dahulu. Pengunjung boleh mengambil gambar berhampiran patung gajah dengan berlatarbelakangkan pemandangan kehijauan hutan. Selain itu, terdapat warung teh dengan makanan orang-orang dahulu disediakan berhampiran gua. Ianya adalah gambaran pekerja-pekerja lombong zaman dahulu yang gemar minum teh dan kopi di warung.




 

LOST WORLD TIGER VALLEY

Saksikan persembahan hebat harimau Siberian pada jam 3.00 petang dan 4.00 petang. Pengunjung pasti kagum melihat bagaimana harimau ini menerkam makanan, berenang di dalam kolam, mendengar ngauman ganas dan berjalan-jalan dengan gagah.


 

SWAN LAKE
Seronok tengok swan tu landing atas ratusan ikan sambil berebut-rebut ambil makanan. Bila kayuh bot tu, cuba tengok kat bawah air, ha ha..ratusan ikan mengekori bot kami...



5 comments:

  1. yg mcm makan ikan tu swam betul ke?? erkk

    ReplyDelete
  2. salam, berapa cost bercuti kt situ? cost menginap dn entrance smua tmpat2 kat situ. t.q

    ReplyDelete
  3. terbaik la...bnyak info dpt..teruskan d tempat lain juga

    ReplyDelete
  4. Mmg best.x rugi bw anak2 ke sana.soal penginapan,bg yg berkeluarga besar lebih praktikal menginap di homestay berdekatan..

    ReplyDelete
  5. Thanks untuk info. Insyallah eaok nak perfi bolwh jadikan guide. Harap bestlah. Kolam air panas tu menarik.

    Ikuti blog saya juga:
    healthyglowing13.blogspot.com

    ReplyDelete