07 February, 2011

PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH PAHANG ; Rasa Macam Cerita 'Ong Bak' Pulak

JANUARI 2011

Hebat tempat ni. Tak sedar pulak, rupa-rupanya tempat ni dah ditubuhkan sejak tahun 1974 lagi kemudian dinaik taraf pada tahun 1989. Dari Kuala Lumpur, ikut Lebuhraya Karak kemudian masuk Lebuhraya Pantai Timur dan keluar ikut susur keluar Lanchang. Pastu ikut papan tanda sepanjang jalan kampung.Tempat ni sangat strategik, semakin cantik dan kemudahan pun semakin banyak disediakan. Bila melepasi pagar utama, kita akan daftar dulu di Pusat Pendaftaran. Nanti diorang akan bagi pas masuk lawatan dan pas menunggang gajah.Masa saya pergi, ramai pelancong luar datang. Nasib baik ada baki 3 tiket, dapat la merasa naik gajah. Bayaran takde tapi  kena bagi sumbangan brapa-brapa  je, yang penting ikhlas.Di bangunan ini juga ada kawasan pameran gajah dan bilik tayangan cerita tentang gajah.

 Nak maklumat lanjut tengok web kat bawah ni:
http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/perkhidmatan-kami/kemudahan-rekreasi/385


Tempat ni sangat strategik. Ada sungai di tengah-tengah kawasan dan dikelilingi kehijauan hutan semulajadi.Saya cadangkan ikut la program formal yang telah ditetapkan oleh pihak di sini, mesti syok.Mula-mula sekali, kami beli kacang yang dijual dan kemudian bagi makan kat gajah. Lahap nyaaaa....Terasa gak la kehanyiran bau gajah kat tapak tangan saya.Pastu ada pertunjukan gajah kat orang ramai.Kemudian pelatih bagi peluang sekali lagi kepada pengunjung untuk bagi makan kepada gajah. Kali ini bagi makanan pisang, betik dan ubi.

Selesai sahaja pertunjukan, sampai masa untuk menunggang gajah. Ala...dekat je pusingannya. Tak sampai 8 minit dah selesai. Tak puas langsung..Lepas tu, pengunjung diberi peluang untuk memandikan gajah kat sungai.Sapa yang berminat, kena bawak siap-siap pakaian lain. Kemudian, di akhiri dengan persembahan video berkaitan gajah.
Yang syoknya kat sini ialah kita dapat merasai kehadiran gajah secara dekat dalam kawasan semulajadi hutan.Bila sekali gajah ni menjerit, satu hutan bergegar.Gajah dibiarkan bebas dengan kawalan pelatih.Kita boleh belai, sentuh dan berkomunikasi secara dekat.Jadi rasai la pengalaman ni...jangan lupa bawak anak-anak, mesti 'enjoy' diaorang.














DEER LAND, LANCHANG PAHANG : Seronok Tengok Kegelojohan Rusa Ragut Makanan Kat Tangan Kita......

JANUARI 2011

'Deer Land' terletak di Bukit Rengit, Lanchang Pahang berdekatan dengan kawasan pemuliharaan gajah. Kalau daripada Kuala Lumpur, ikut Lebuhraya Karak kemudian ikut Lebuhraya Pantai Timur. Keluar ikut susur keluar Lanchang.Selepas itu ikut papan tanda.Kita akan melalui jalan kampung. Nampak la rumah-rumah kampung, perkampungan orang asli kemudian melalui kawasan hutan. Ingat sesat, sebab jalan sunyi je kat kawasan hutan ni, pastu jalan pun tak berapa elok.. Betul ke ni tempatnya...Tiba-tiba nampak 'signboard' Deer land. legaaa...ingat nak balik je tadi. Masuk bayar RM 6, pastu nikmati segala keseronokan di dalam.

Kat sini, kita boleh melihat gelagat lebih 30 ekor rusa jenis Javan, Siva dan Sambar yang berasal daripada Indonesia dan India. Paling 'best' sekali bila kita bagi makan kat rusa-rusa ini. Gelojoh gila....Main sambar je si mamat rusa ni...kambing dan lembu lagi beradap bila kita bagi makan.Kalau berani, kita diizinkan untuk masuk kandang rusa ni sambil membelai rusa yang sangat jinak.
Bukan setakat rusa sahaja, ada banyak lagi binatang eksotik dipamerkan seperti ular python, beruang Malaysia, kancil, monyet, puyuh, pelbagai spesis burung, ferret dan sebagainya.
Kesimpulannya... tempat ni menarik dikunjungi sebab kita boleh merasai pengalaman beri makan dan pegang rusa secara dekat. 'So' ini adalah pengalaman yang menyeronokkan yang boleh dikongsi sesama keluarga.










05 February, 2011

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTIONAL CENTRE ( PICC ) ; Kenangan Pertandingan Catur Bistari KFC Kebangsaan di PICC

JANUARI 2011

Kalau tak kerana ambik bahagian dalam Pertandingan Catur Bistari KFC Peringkat Kebangsaan, rasanya susah gak nak masuk tempat ni yang begitu eksklusif.Saya akan kongsikan pengalaman berada di dalam PICC, apa yang hebat sangat PICC ni....

PICC ni dikatakan sebagai pusat konvensyen yang terbaik dan terbesar di Malaysia dan mempunyai ciri-ciri kelas dunia.Diperingkat ASEAN, PICC diiktiraf sebagai 'Best Energy Efficiency Building, First Runner-up 2007'.Keluasannya 135,000 meter persegi.Sesuai digunakan untuk sebarang majlis dan mesyuarat korporat. Dewan besar dan Dewan Makannya mampu memuatkan 3000 orang.  Kat sini juga ada bilik terjemahan bahasa yang meibatkan 13 jenis bahasa. 14 'suites'. 10 dewan perbincangan, 33 bilik mesyuarat, 3 galeri umum, 2 restoran, 3 bilik sembahyang dan ada pulak taman dalam bangunan dibahagian 'ground'.Dalam satu-satu masa, PICC boleh memuatkan 10,000 orang dengan lebih 57 dewan dan bilik kecil.Kalau tengok betul-betul, PICC ni dicipta berdasarkan konsep Wau Terengganu dan seni perak diraja negeri Perak.



 PEMANDANGAN DARIPADA ATAS PICC






TAMAN DALAM BANGUNAN PICC





 SUASANA PERTANDINGAN CATUR BISTARI KFC PERINGKAT KEBANGSAAN 2010/2011

Pertandingan anjuran KFC Holdings (M) Bhd. (KFCH), QSR Brands Bhd. dan Bistari Young Intrapreneur Sdn. Bhd. yang memasuki edisi ketiga serta menawarkan hadiah hampir RM159,000 itu berjaya menarik penyertaan 1,000 peserta.

 

 
 

PERTUNJUKAN BELON PANAS ; Beruntung orang Alor Star.....

MEI 2010

'THE ROYAL KEDAH INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FESTIVAL 2010 telah diadakan di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Star.Sebelum ini, pernah diadakan di Putrajaya. 'So' bertuah la orang Kedah dapat saksikan secara 'live' bagaimana Belon Udara Panas diterbangkan. Kemudian melayang tinggi mengikut arah angin sambil dikawal oleh udara panas.

Orang ramai berpeluang naik belon ni dengan bayaran RM10 dalam tempoh 10-15 minit sahaja. Saya tak berkesempatan nak merasai pengalaman naik belon panas ni sebab dah abis tiket.Tapi takpe la. Yang penting dapat pengalaman tengok secara dekat. Ni pun dah memadai.Pelbagai acara sampingan diadakan seperti penerbangan model pesawat terbang, demonstrasi paramotor, layang-layang, pertunjuukan payung terjun dan sebagainya.