03 September, 2010

PESTA PULAU PINANG: Susah nak kata..baca la sendiri....

 DISEMBER 2009



Semasa saya di zaman sekolah rendah pada tahun 1984-1989, sebut je Pesta Pulau Pinang atau Pesta Lumut mesti pesta yang sangatttt 'glamour', sangattt prestij, sangatttt popular, sangattt menjadi buah mulut, sangattt ditunggu-tunggu dan sangatttt menjadi idaman kepada budak-budak sekolah rendah.Sapa-sapa yang berjaya ikut rombongan cikgu sekolah ke Pulau Pinang, Pesta Pulau Pinang mesti jadi destinasi utama.Jadi masa tu,kalau ada kawan sekolah saya yang dah pegi...Ya Allah berlagak satu kampung...pastu menjaja kehulu hilir sampai kalau boleh ungka kat kebun getah pun nak bagitau.Itu lah hebatnya penangan Pesta Pulau Pinang.

Cuba kalau sekarang kita pergi Pesta Pulau Pinang, orang dah tak heran sangat sebab kat Putrajaya, sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan senang crita mana-mana negeri kat Malaysia la, berlambak karnival-karnival yang lebih hebat daripada Pesta Pulau Pinang.Kecuali makcik-makcik, pakcik-pakcik dan orang yang hidup zaman saya,emmm diaorang heran sikit la.Sebab masih ada saki baki fanatik Pesta Pulau Pinang yang berkarat dalam otak kami ni.


Pesta Lumut dah 'ghuyub' dan pupus ditelan zaman tetapi Pesta Pulau Pinang walaupun telah diadakan sejak tahun 1970 an sampai sekarang, masih lagi bertahan dan masih mengekalkan ciri-ciri unik yang menyebabkan ribuan orang masih tertarik. (ermmm...zaman top dulu, 500,000 pengunjung seluruh Malaysia datang Pesta Pulau Pinang...sekarang dah kurang kot).

Emak saya teringin sangat nak pegi Penang.Jadi kami sepakat nak pegi Pesta Pulau Pinang.Saya dah terfikir ni, mesti sesak gila nak pegi situ.Mesti kereta berderet-deret dan orang ramai beratur sangat panjang nak beli tiket.emmmm takde maknanya.Sebab takde orang pun.Saya sampai tersesat jalan.Bukan disebabkan banyak kereta tapi disebabkan kurang kereta.Tertanya-tanya kami, betul ke ada Pesta ni...sunyi je...Tempat 'Parking' pun banyak kosong.Beli tiket pun tak yah beratur.Bila masuk je lebih kurang pukul 8.30 malam, alamak...tak ramai orang, boleh dibilang dengan jari terutama kat kedai-kedai jualan dan pameran.


Kalau nak tau, tapak pesta ni memang dibina kekal bagi tujuan penganjuran aktiviti seperti ini.Semua kedai, gerai, bilik pameran, dewan, bangunan, rumah pameran & jualan, pentas hiburan, surau, dataran, taman bunga, jalan raya, lorong-lorong, papan tanda, pintu gerbang, 'parking lot' dan tandas, semua dah dibina secara lengkap oleh kerajaan negeri sejak tahun 70an lagi.Jadi, memang selesaaaaaa sangat.Ada satu kawasan tu terdapat beratus gerai (lebih kurang 200) yang jual macam-macam produk makanan, minuman, kesihatan, perkhidmatan, pakaian, tekstil, cenderahati, alatan rumah, bahan berkaitan pertanian, hiasan rumah, kraftangan, buku dan banyak lagi.Kami berjalan menuju rumah pameran dan jualan hasil negeri dan beberapa negara Asia Tenggara (paling teruja kat rumah Thailand).Pastu kami pergi ke kawasan gerai makanan dan minuman.Beratus gak gerai makan kat sini.Lepas makan, anak saya merengek sebab nak pegi 'Euro Fun Park', permainan ala-ala Genting Highland la.Sapa yang pernah pegi Genting Highland, mesti kata 'Euro Park' ni 'standard' biasa-biasa je...besar sekali ganda je berbanding 'Fun Fair' kat kampung kita.

Lepas tu kami pun pergi kat ruang pameran badan kerajaan dan swasta.Sori ye kalau saya cakap jujur. Kalau dari segi pameran ni, Jom Heboh, MAHA, Karnival Suara rasa TV9, Karnival Perkampungan Hadhari dan karnival anjuran negeri Terengganu lagi hebat dan mengujakan.Apa pulak bising-bising ni...emmm rupanya ada pertandingan nyanyian lagu cina kat pentas utama.Kat sebelah pentas tu ada dewan, tempat buat macam-macam pertandingan. Takde penyertaan pun tengok.

Itu sahaja cerita Pesta Pulau Pinang....Sori ye saya bagi rating 2 bintang je la sebab kurang bermakna bagi saya.Tapi takpe...bak kata mak saya..."pegi je..yang penting kita tau tempat orang, kalau orang tanya, kita boleh jawab." Sebenarnya Pesta Pulau Pinang bukan matlamat utama, apa yang sangat-sangat penting ialah saya bersyukur dapat meluangkan masa yang sangat-sangat berharga bersama mak dan keluarga saya. Dan saya puas bila dapat menggembirakan dan menghiburkan hati mak saya walaupun hanya satu malam......sebab saya sedar, selagi ada masa walaupun sikit, gunakanlah masa tu sebaik-baiknya untuk mak kita.Sebab kita tak boleh jamin yang kita boleh meluangkan masa yang indah seperti ini lagi pada masa depan????? 

01 September, 2010

LADANG ANGGUR BERIS SIK KEDAH : Tidak perlu tengok anggur di Moldova, Thailand, Switzerland & California

JULAI 2010

Mesti ada yang terkejut....kat Malaysia ada ladang anggur rupanya.
Masa saya sekolah menengah tahun 80an...saya ada bertanya kepada cikgu Sains Pertanian.

Saya : "cikgu.... anggur ngan epal boleh tanam kat Malaysia tak..."
Cikgu Sains Pertanian saya :  "Mana bolehhhhhhh...dan mustahil....kat Malaysia ni kan monsun khatulistiwa, panas, lembap dan selalu hujan. Nak tanam anggur ni kena negara 4 musim.Ada musim sejuk, musim panas, musim luruh, musim bunga."
Saya : "ooooo ye ke..."

Tapi sekarang semua dah berubah.Kalau nak tau di Sik ni cuacanya panas dan selalu hujan, tapi boleh tanam anggur dengan subur.Camne diaorang buat ye..Ada la teknologi yang digunakan tu.Anggur kat Sik ni lebih manis dan lebih rangup.Saya dah cuba rasanya...memang lebih rangup.Tak sempat sampai rumah, saya dah abiskan 2 bungkus dulu dalam kereta.

Kalau nak tau..syarikat Bumiputra ni dah tanam sejak tahun 2007 dan hasil pertama pada tahun 2008.Maksudnya setahun gak baru dapat hasil ni.Sekarang ni keluasan ladang anggur ni lebih kurang 12 hektar dengan lebih 7000 pokok anggur berjaya ditanam.wowww...nak masuk ladang ni kena bayar ye...rasanya RM5 seorang.Pastu bila masuk ada had masa tau, lebih kurang 30 minit je.Pastu jangan menggatal nak petik anggur tu pulak...diharamkan.Suasana kat dalam memang sejuk dan redup je dan beratapkan daun-daun anggur yang menjalar rendang..eeee geram betul rasa nak petik je..Bayangkan la..beratus buah anggur yang rendang, buah yang lebat, kemerah-merahan dan kehijau-hijauan kat atas kepala kita.Secara peribadi, memang tempat ni mengujakan betul la.

Anggur kat sini ada empat jenis iaitu black opal, white malaga, lose plite dan black grape.Masa kami pergi aritu, anggur hijau je yang dah dituai tapi kat ladang tengah masak anggur merah.Kat sini ada Beris Cafe yang berdindingkan kaca dengan suasana tasik Beris.Macam-macam makanan dan minuman berasaskan anggur dijual seperti kek anggur, pancake anggur, kuih anggur, jus anggur, jelly anggur, kordial anggur.Sabun, cenderahati anggur dan losyen anggur pun ada jual.Senang crita semua anggur la.


So kesimpulannya...
Bila saya pulang..terlintas dalam hati dan fikiran saya.Sekarang baru saya faham dan percaya.Dalam hidup ni kita kena buang 'mind set' yang tak betul dalam akal kita.Kalau kita berusaha sangat gigih, memohon petunjuk Allah, pasti benda yang mustahil dilakukan akan tidak mustahil boleh dilakukan. Terima kasih ANGGUR kerana memberi saya ilham dan kesedaran....Ampun cikgu Sains Pertanian Tingkatan 3 Seri Pagi saya.Semoga cikgu dirahmati Allah setiap masa....

31 August, 2010

FUTSAL...Seronok Sangat ke...

Kenapa Futsal....
Kenapa orang sanggup berhabis duit main futsal.....
Kenapa ada orang yang fanatik main futsal....
Apa hebatnya futsal....

ermmm jenuh nak jawab soalan tu....Pada awalnya saya tidak berminat dengan futsal tetapi disebabkan saya ingin mendapat jawapan bagi persoalan di atas maka saya perlu masuk dalam dunia futsal....

Ianya bermula pada November 2009 hingga Mac 2010....This is my story:

Saya berjaya mendapat pasukan mantap daripada pelajar saya sendiri. Ada yang pernah wakil Perak bawah 15tahun, Piala presiden Pahang , pernah mewakili negeri Kelantan dan mewakili sekolah bagi peringkat negeri Johor.Boleh tahan kan pasukan ni.Saya pulak hanya berstatuskan pemain senior yang mewakili MARA Kedah sahaja.'We have no experience'

Bermain futsal perlu ada perkara ni:
  • Mesti ada 'skill'. sikit pun takpe.Yang penting dapat tahan bola, tau cara nak kawal bola, tau nak tendang dan 'passing' bola.Itu pun dah memadai...
  • Mesti kreatif. Maksudnya kreatif dalam pergerakan mencari tempat kosong.Kreatif dalam memberi bola pada kawan.Kreatif dalam menjaringkan gol.Kreatif menentukan 'position'.
  • Kelajuan. Memang main futsal ni laju sangat la.Tak sempat nak berehat.Kalau main agresif 7 minit 'first half', rasa macam penat main 45 minit.'In futsal there is nonstop movement'. Kena bergerak setiap masa.
  • Sabar & Tenang .......Bila lawan futsal ni mental kena kuat.Jangan ingat bila kita dah 'score' kita akan menang dan jangan ingat bila kita kena bolos kita akan kalah.Pengalaman pasukan saya, kami pernah 'leading' 5-0 tapi akhirnya kami kalah dengan 6-5.Kami banyak kali ketinggalan 1 atau 2-0, tapi akhirnya kami menang.
  • Strategi : Main futsal ni jangan main hentam je....kena ada strategi bertahan dan kena ada strategi menyerang.Kena betul-betul main 'as a teamwork'.Pasukan kuat biasanya kalau bertahan, semua akan bertahan.Kalau menyerang semua akan menyerang kecuali tinggal sorang jadi 'defend'.
Ini adalah statistik pertandingan yang kami sertai sepanjang 5 bulan:

Jumlah pertandingan yang disertai : 11 pertandingan di kawasan Padang Terap, Pokok Sena, Pendang dan Alorstar.Tahap paling tinggi kami menyertai Futsal i-Metro di Pulau Pinang & Pahang.
Jumlah perlawanan : 45
Nama pasukan kami : A4 Paper, Marker Pen, Sharpener, Dawai Kokot, Pensel 2B, Crazy Hot dan KMKN (banyak nama berkaitan alatulis... sebabnya nak bagitau secara simbolik, kami budak sekolah matrik)
Pencapaian : Johan sekali, Naib Johan sekali, Separuh akhir 2 kali, Suku akhir 2 kali dan pusingan kedua & ketiga 3 kali.Yang lain lingkup...
Duit abis untuk bayar yuran : dekat RM 1,200 (pakai duit sendiri ni...)
Duit kemenangan yang diperolehi : RM 1,300
 

Perlawanan yang dikenang :
  1. Pertandingan anjuran Persatuan Belia Padang Terap (perasmian, menteri tau).Kami bermain daripada 10.00 pagi sampai jam 2.00 pagi.Perlawanan dibuat satu hari kalah mati, di gelanggang terbuka.Pada malam tu semasa peringkat separuh akhir dan akhir, kami bermain dalam hujan dan kesejukan jam 1.00 pagi.(Just imagine la).Takpe la yang penting kami johan masa tu.
  2. Pertandingan futsal anjuran Majlis Daerah Padang Terap.'This is our first tournement'.Kami berjaya masuk semi final. Berita ini telah menjadi buah mulut masyarakat Padang Terap.Mereka tidak menjangka kami berjaya sampai ke tahap ini.Bila dah masuk semi final, barulah diaorang tau kami daripada Kolej MARA Kuala Nerang. Nak flashback ni..... 10 tahun dulu orang kampung cukup gerun dengan team bola padang KMKN.Selalu je johan.Tapi lepas tu senyap sunyi.Sekarang, lepas 10 tahun, kami buat kemunculan semula.Orang kampung pun dah ada yang jadi penyokong kuat kami.Orang kampung cukup suka permainan kami sebab tak ganas, ada semangat dan sangat mencabar.Yang tak bestnya masa penentuan tempat ke3/4, kami mendahului 5-0,tapi kami kalah dengan 6-5.
  3. Pertandingan futsal anjuran Adun Bukit Lada. Masa ni 2 orang player utama kami tak boleh main.Kami pun terpaksa angkut mana yang ada la.Memang tak disangka, selepas melalui perlawanan yang mencabar akhirnya kami berjaya mendapat naib johan.Masuk surat khabar Sinar tau.Strategi kami masa tu hanya bertahan dan counter attack je...senang crita strategi bodoh-bodoh je...Penganjur tu kata saya jadi pemain terbaik sepanjang perlawanan.Cuma takde hadiah je.Nampak tak....umur dah 35 tahun ni.
  4. Pertandingan Persatuan Belia Padang Terap...perlawanan ni memang tension, mencabar, penuh dengan keganasan dan provokosi.Hinggakan sorang player saya tak tahan dan berlaku pergaduhan mulut dan tolak-menolak.Jenuh..jenuh nak meleraikan.Tapi takpe la , ini pengajaran yang sangat berguna kepada kami.Lain kali kena jaga mulut....
  5. Pertandingan Futsal Tansri Isa Samad. Ini adalah pertandingan tempatan yang terakhir yang kami sertai. Saya cedera yang agak teruk.Rasanya berlaku keretakan pergelangan kaki. Lebih 3 bulan baru pulih.Ini la risiko main futsal.So i pun bersara.
  6. Pertandingan Futsal i-METRO Seberang Jaya Pulau Pinang: Ini adalah kemuncak kerjaya futsal kami.Pertandingan futsal terbesar di Malaysia dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Record sejak 5 tahun.Hampir 200 pasukan menyertai melibatkan hampir 1800 pemain.Sangat mencabar dan semua pasukan dan pemain terbaik Malaysia berkampung di Penang.Walaupun kami hanya berjaya sekadar pusingan ke-2, tapi yang penting kami merasai pengalaman hidup yang sangat berharga.Futsal i-Metro kat Pahang pun kami masuka gak.Naik bas ekspres je.Tapi kami balik awal sebab kalah sangat teruk.

Saya beri rating untuk sukan FUTSAL  : 5 bintang
Sebabnya banyak perkara yang saya pelajari dalam futsal ni dan yang paling terkesan dalam hati ialah:
  • Kalau nak belajar jadi manusia yang tidak mahu menyerah kalah dan tidak mahu berputus asa walau apa pun berlaku..main la futsal
  • Belajar sabar dan tabah.Memang main futsal ni, kadang-kadang kena berhadapan permainan ganas, ketidakpuasan hati dan provokasi penonton.Syukur, team saya bukan seperti tu.Saya memang tekankan disiplin, kesabaran dan bermain bersih dalam pasukan saya.
Dedikasi untuk pasukan saya :
Hasnan ( sekarang pasukan futsal UPM), Amir (pasukan bola UKM, dengar crita masuk TV), Fakhrul (tak tau la ape jadi..ke dah pegi Australia,budak ni kalau belajar, 4flat dihujung jari ) Firdaus (bukan nama sebenar, saya punya ex-student yang paling cool dan genius) Amir Sains (dah bersara kot...takut injured).Tidak dilupakan penyokong kuat saya Kirun (dah tak kerja kat KMKN sebab abis kontrak)

GALERI GAMBAR
SEKITAR PERTANDINGAN FUTSAL STAF MARA ZON UTARA DI MRSM LANGKAWI 2007






28 August, 2010

GO-KART..Kalau berani cuba la

OKTOBER 2009

Ada banyak jenis kereta Go-Kart, contohnya 'Cadet K80 Hire Kart', 'Yamaha 100 Hire Kart', 'PRD100 Hire Kart' dan 'DOUBLE Seater Kart'.Disebabkan kami 'beginners & unexperienced' so kami guna kereta jenis 'Cadet K80 Hire Kart'.Mahal kereta ni.Ada kereta yang dekat RM 20 ribu harga sebuah.Kelajuannya boleh mencecah 80km sejam.Laju tu...Bayaran RM 35 je.Setiap orang main 10 pusingan...lebih kurang 2km jaraknya.Kalau tak puas...tambah lagi RM 15 untuk beberapa pusingan lagi.

Ok... tiba masa yang ditunggu-tunggu.Tak sabar ni....Kami diberi sedikit taklimat macam mana nak guna 'pedal' minyak, brek dan tips keselamatan.Selepas pakai topi keledar..kami pun pun masuk ke dalam kereta. Sangat teruja sebab kami bayangkan seperti Formula 1.... 'Start the engine'....tekan minyak dulu bagi gerun orang sebelah..vroooooommmmmm.Tukang angkat bendera kira 30 saat....10,9,8,7,6,5,4,3,2,1....Berdesup dan berdengung enjin kereta kami meluncur sangatttt laju (60km sejam je).Persaingan memang sangat sengit...seperti biasa, ada la berlaku insiden gesel menggesel.eee tercalar kereta i.Kena kuat sikt pegang stering sebab agak keras dan bergegar terutama masa ambik selekoh tajam.Kena betul-betul fokus. Kalau tak,terbabas jawabnya.Banyak kali gak la terlanggar tayar-tayar buruk kat tepi 'track' tu.Jalan lurus, kami memang pecut sampai tak ingat dunia.Selekoh tajam kena slow sikit.Jangan bimbang, kereta tak terbalik punye sebab body kereta lowered sangat.Kalau terlebih pusing stering, mesti kereta berpusing.Ada gak kawan-kawan belakang yang ketinggalan sangat jauh...emmmhhh kalau nak slow, naik basikal le bang....Semakin hampir tamat pusingan..semakin mencabar mental..Kami perlu fokus..fokus.. dan fokus...Pantang slow sikit mesti ada orang yang potong.


Bila dah abis, rasa lega otak i.Pening-pening lalat dibuatnya.Baru 10 pusingan tu. Bayangkan Formula 1, dekat 70 pusingan diaorang 'drive'.Memang mental kena kuat la.

Saya bagi 'rating': 3 bintang.
Kurang kepuasan main Go-Kart ni.Kos memang agak mahal tapi tak banyak pusingan yang kita boleh main.Bahaya pulak tu.Tapi kalau nak main Go-Kart macam nak bersiar-siar kat Taman Bunga (maksudnya bawak slow2)..tu tak bahaya la.Tapi takpela...sebab niat kami sekadar untuk merasai pengalaman berlumba kereta Go-Kart.Bukan nak jadi pelumba profesional pun.Kesimpulannya:
  • Kalau nak merasai pengalaman pelumba ala-ala Formula 1, meh la try
  • Pengajaran yang paling bagus untuk kami ialah belajar fokus.Kalau tak, boleh terbabas dan boleh cedera.Tidak dinafikan risiko agak tinggi.
  • Kalau nak bagi mental kuat...saya rasa ini antara aktiviti yang sesuai

    24 August, 2010

    Paintball vs World War II..suatu penceritaan

    Julai 2009, Lokasi : Kepala Batas, Kedah
    Kami diarahkan oleh Jeneral mr. Johari (Presiden kelab Kebajikan kami) untuk melakukan satu operasi serangan ke atas musuh. Tapi nak berperang ni kena bayar yuran dulu ye...RM 40 je....kami dibahagikan kepada 7 batolion (harap-harap betul la ejaan tu).Setiap kumpulan dianggotai 5 orang comrade.Setiap orang diberi 200 biji pellet.Peperangan ni dijalankan secara liga.....takut..takut..takut...

    Seranggggggg........kami meluru mengikut taktik yang diarahkan oleh Sarjen mr Syariff. Seperti biasa orang yang fit macam i diarahkan meluru ke depan .Yang lain, yang agak buncit (sori ye) cover belakang.eeeee geram btul i punye sarjen ni...nak suruh i mati dulu la tu.Tapi takpe.. leftenan adnan punye asal i sanggup 'korban untuk agama, bangsa dan maruah negara' (ayat tema hari kemerdekaan ni).Pihak musuh menembak bertubi-tubi dan bertalu-talu..tanpa ada belas kasihan..sampai tak sempat i nak minum kopi.I terdengar jeritan marshal "You out'..rupe-rupenye kopral mr zamri rebah..eeeeee , i nangis macam cerita Bukit Kepong.Jangan bimbang, i akan balas dendam..i pun tembak 3-4 das tembakan sahaja tapi dibalas oleh pihak musuh berpuluh-puluh tembakan.Peluru berdesup atas kepala i, kiri.. kanan badan, atas... belakang.Senang cerita setiap penjuru la.'You out' sape pulak yang mati tu..ooo my god.. leftenan mr hanapi terkorban.Betul-betul terkena di tengah-tengah leher..Bayangkan sendiri la ye..takde masa nak terang panjang-panjang.i tengah busy nak perang ni.i nampak musuh yang agak leka menembak secara rambang..emosi nampak.Apa lagi i pun tembak. Terkena kepala musuh dan tumbang sorang musuh.(lepas ni dapat satu pingat keberanian).i pun cuba meniarap dan mengesot supaya tak dikesan oleh musuh..susah gak nak mengesot sebab berat dekat 80 kg.eee tercalar baju i dengan lumpur..takpe sabun basuh boom ada, menanggalkan segala kotoran.

    Tiba-tiba i tak sedar rupe-rupanye ada musuh kat depan i..sangat hampir lebih kurang 10 langkah.Musuh terkejut..i lagi la terkejut.Ape lagi i pun tekad tembak secara berdepan sambil menjerit Allahuakbarrrrrr..musuh pun tembak melulu sampai abis peluru. Suasana masa tu seperti cerita 2 orang koboy yang sedang tembak secara berhadapan.So genting yang amat sangat.Akhirnye seperti biasala takkan hero mati dulu... musuh tumbang...Syukur selamat aku...

    Sarjen mr Shariff telah menjerit secara berbisik kat i bahawa comrade mr mior telah terkorban 30 saat yang lalu. Kisahnye begini (Flashback dulu ye). Comrade mr mior dah kehabisan peluru dan berada ditengah-tengah medan peperangan.Musuh telah berkamikaze berlari menuju ke kawasan Comrade mr Mior dan menembak secara berhadapan dan bertubi-tubi dengan jarak lebih kurang 3 langkah.Banyak kesan tembakan di badan.Kesian... baru masuk kerje semalam, tak sempat ambik gaji pertama .Belum kawin pulak tu.Sarjen mr Shariff dah kehabisan peluru, so sekadar tembak angin je.konon nak menakut-nakutkan pihak musuh la... erm hampeh nak takutkan burung bangau boleh la.

    i ada beberapa peluru lagi..tengah cari sorang lagi musuh ni..mana engko menyorok ye...rupa-rupanye musuh tu pun dah abis peluru gak..tengah berdoa supaya selamat.Takpe i ada prinsip.i takkan tembak secara berhadapan.Musuh tak mau menyerah so dengan perasaan berbelah bagi..i pejam mata sebab kesian dan tembak sedas.Tumbang musuh terakhir...i  pun berlari menuju markas musuh untuk mengambil bendera dan patah balik ke markas kami...Akhirnye kami menang...

    Kesimpulannya:
    Untuk paintball saya boleh beri rating 5 bintang...Rating tinggi ni bukan disebabkan tahap keseronokan atau kepuasan tetapi mengukur berapa banyak pengajaran yang boleh saya dapat.

    1. Paintball ni hanya 0.0000000000000001 % sahaja berbanding peperangan sebenar.Terfikir sejenak semasa berpuluh-puluh peluru berada di atas kepala dan terdengar berdesup-desup peluru di kedua belah telinga.haiii macam manalah kalau peperangan sebenar ye..penuh dengan kedasyatan, kengerian, ketakutan, ketidakperimanusiaan, penindasan, kezaliman dan penderitaan yang amat sangat.Contoh terdekat tengok bagaimana penderitaan peperangan tentera Hamas Palestin dan Zionis laknatullah.

    2. Dalam peperangan Paitball...nilai yang paling TERKESAN dalam hati kami ialah kita kena hilangkan segala ketakutan.Gantikan dengan sifat keberanian.Jangan ada rasa lemah semangat dan putus asas..berjuang sehingga titisan darah terakhir...Kerjasama kena sangat kuat.Bantu kawan yang dalam kesusahan.Simpati ke atas kesusahan kawan.Jangan sesekali leka..sentiasa fokus, fokus dan fokus.Jika tidak kita akan ditembak...dan mesti ada strategi untuk mencapai kemenangan.Rasulullah bila perang bukan main perang je...tentera Rasulullah sangat berstrategi dan sangattt berstrategi.
    Sampai di rumah.... alamak banyaknya kesan-kesan lebam merah kat badan i ni...dengar crita kawan i ada yang sampai kena pegi klinik ambik ubat bengkak.Dekat sebulan gak baru nampak hilang sikit lebam tu...

    21 August, 2010

    MEDAN INDONESIA.....HORASSS

    Pemandangan Danau Toba
    Mei 2009

    "Kenapa orang kata pegi Medan 'best' ye". Kena siasat ni. Nak tau, bacala sampai abis .Terima kasih lah CT global (Travel Agent) yang membawa kami ke sana.Terkejut kami...turun-turun je dari kapal terbang, tiba-tiba datang bas panjang 'parking 'depan tangga kapal terbang.Saya tanya kawan " nak buat camne ni napi ".Kami pun buat dek je la.Tiba-tiba ada orang panggil "bapak naik bas ni, jauh nak berjalan tu..".Apa lagi, kami pun malu la.

    Keesokan pagi kami pergi ke Danau Toba menaiki MPV jenama Kijang.Kat Malaysia dipanggil Naza Ria.Jalan memang sangat teruk dan sempit.Lubang dan lopak banyak.Lori, kereta dan motorsikal pun banyak.Jalan sehala.Pemandu pelancong tu kata ini adalah jalan utama.Kalau ikutkan jarak lebih kurang 100km je, macam satu setengah jam perjalanan dari Alorstar ke Penang.Tapi kami, dekat 5 jam baru sampai.Sepanjang perjalanan sempat la kami berhenti beli kuih yang terkenal iaitu kuih Ting-Ting & Tung-Tung.Kat tepi jalan terutama kawasan sawah banyak betul pondok-pondok atau rumah kecil yang agak pelik.Kami pun bertanya "ape bende tu".Pemandu pelancong tu jawab " itu adalah makam / kubur masyarakat batak.Mayatnya tak ditanam.Diletak dalam rumah itu".Banyak gak orang jual kelawar tepi jalan.Kami pun berenti meninjau.Memang besar kelawar tu.Penjual tu kata "kalau goreng sodapp" (translate Indon ke Bahasa Melayu la).Kami juga banyak terserempak kedai makan yang masak daging anjing dan khinzir.Kalau nak tau, kedai camni dia ada tulis depan kedai B1 atau B2 (tak silap saya..lupa la)

    Dalam perjalanan juga, banyak kali kami terserempak orang perempuan bertudung hulur bakul atau jaring macam tangguk ikan (bahasa jawa) pada setiap kenderaan yang melalui jalan tersebut."Ape bende tu ye".Pemandu Pelancong tu kata "itu orang mintak derma untuk bina masjid pak".Ya Allah memang semakin jauh perjalanan semakin takde masjid..yang banyak gereja.Kemudian banyak kali gak kami terserempak majlis perkahwinan orang Batak.Memang colourful betul la.Banyak sangat hiasan bunga kat tepi jalan.Menu utama kenduri kawin diaorang khinzir.Kami ni kan, kalau  nampak benda yang lain daripada yang lain mesti suruh pemandu berenti.Contohnya kami tengok kebun pokok kayu manis, tengok sayur-sayuran yang ditanam tepi jalan terutama lobak, tengok pokok yang boleh buat minyak gas, makan durian tepi jalan dan sebagainya.Sampai Di Danau Toba...pemandangan tasik dan tanah tinggi memang cukup indah.Kami dapat tengok segumpulan awan biru yang menurunkan hujan...memang menakjubkan .Subhanallah....Kami menginap di hotel Antares.



    Keesokannya kami menaiki feri untuk pergi ke Pulau Samosa.Melihat perkampungan dan budaya orang-orang Batak.Jgn lupa cakap Horass kat orang Batak ni ye.Sebab ucapan tu sebagai penghormatan kepada mereka.Kami di bawa ke rumah dan makam orang Batak yang unik.Ada pulak demonstrasi bagaimana orang Batak zaman dulu menjalankan hukuman pancung kepala.Kami tanya pada pemandu pelancong. " Bukan orang batak dulu makan orang ke". Jawapannya " iye..memang ada zaman dulu tapi hanya suku-suku kecil sahaja atau mungkin kes-kes terpencil sahaja".Kedai-kedai kraftangan kat sini memang sangat banyak...hati-hati ye sebab pujuk rayu peniaga perempuan Batak ni memang boleh melemahkan iman kita.Dia akan kejar kita bila kita dah tawar barang tu tapi tak beli.Pastu peniaga jalanan pulak, diaorang akan tunggu kat depan kita sampai kita keluar duit untuk beli..kami sampai terpaksa kena pura-pura tidur tau, baru la diorang tak datang.Lepas satu bala....

    Dah selesai 'round' satu Danau Toba kami pun balik menuju ke Berastagi.Lebih kurang 2 jam gak perjalanan.Kat sini udaranya agak sejuk...sempatla tengok air terjun yang tinggiiiii dan tengok gunung berapi aktif daripada jauh je..keluar asap lagi tu.Suasana macam ala-ala Cameron Highland.Mak aiii ramainye orang Malaysia kat hotel kami niiiii (Green Hotel) dan semua hotel la.Menurut pemandu pelancong tu " memang, Medan ni antara destinasi popular orang Malaysia pak".Semasa perjalanan pulang kami sempat singgah minum teh kat kawasan tanah tinggi Berastagi.Tu aje kat Berastagi...abis crita.

    Di Medan pulak kami pergi Istana Maimun dan banyak abis masa kat kedai pakaian dan cenderahati.Ramainya peminta sedekah kat sini terutama kanak-kanak.Bila kita sedekah duit kat sorang, lepas tu makin ramai la yang mengejar kami.Pantang kereta kami berenti mesti ada la yang ketuk tingkap kereta.Memang tak dinafikan, pakaian kat sini terutama batik dan kain telekung memang murah.Makanan kat sini memang banyak lauk dihidangkan.Paling saya suka makanan ala-ala pecal...lupa la ape namanye ha! dan air buah campur "fresh'.Memang 'colouring' betul dia buat, sampai 2 cawan sorang kami 'order'.Kebetulan masa nak cari kek lapis Medan, jalan sesak betul.Rupa-rupanya ada orang besar mati...keliling jalan penuh dengan bunga-bunga yang dihias mengikut perkataan tertentu.

    Dah sampai masanya untuk kami pulang.Kat 'airport' (tak secanggih KLIA dan LCCT), masa kami check in sempat lagi polis imigresen tu mintak duit kat kami.Anyway kami sangat puas hati dengan pemandu pelancong kami.Ada la duit sikit.Kami pun bagi la sikit sebagai sedekah.Yang kami terharunya bila dia terima duit tu...dicium duit tu dan banyak kali dia cakap terima kasih dan alhamdulillah..alhamdulillah.Maksudnya diaorang memang susah nak cari rezeki.Bila dapat sikit..dia betul2 bersyukur.

    So kesimpulannya kenapa orang Malaysia suka pergi Medan ye... jawapannya. mudah.'SHOPPING'. Bagi kami, itu bukan matlamatnya tetapi apa yang paling penting kami syukur kerana dapat melihat beberapa keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan yang tiada di Malaysia dan memahami budaya dan kehidupan masyarakat luar..Banyak pengajaran tersirat yang kami perolehi.. biarlah ianya tersemat dalam hati kami...HORASSSS (Selamat datang dalam bahasa Batak)