03 October, 2010

KOMPLEKS PASIR SALAK:Dapat gak akhirnya tengok kat mana J.W.W Birch dibunuh....

SEPTEMBER 2010

Kalau tak kerana ada sukan kat MRSM Pasir Salak, jangan harap la pergi KOMPLEKS PASIR SALAK ni...Disebabkan lawatan ni mungkin sekali seumur hidup, 'so' saya kena masukkan dalam blog ni untuk tatapan semua orang...

Gambar di bawah : Kat sini ada Terowong Masa Sejarah  Pasir Salak. Tempatnya agak gelap, seolah-olah kita sedang mengembara bermula zaman Inggeris tahun 1800 an sehinggalah zaman penjajah 1900 an dan sehinggalah zaman Menara Berkembar Petronas.Memang bagus la tempat ni untuk sapa-sapa yang nak tau sejarah Malaysia terutama pelajar-pelajar sekolah.Di tingkat bawah ada pulak pameran keris, daripada sekecil-kecil keris sehinggalah keris sebesar-besar saya, semuanya dipamerkan. 'First time' dapat tengok IBU KERIS'








Sebelum tu jom kita 'refresh' dulu apa yang cikgu sejarah bagitau crita pasal J.W.W Birch masa kat sekolah-sekolah dulu...


" Sebenarnya ada perpecahan pembesar Melayu kepada 3 kumpulan berkaitan perebutan takhta sultan.Disebabkan masalah ni, Raja Abdullah menjemput Inggeris datang ke Perak, maka dihantarnya J.W.W Birch menjadi Residen Inggeris Pasir Salak yang pertama di Tanah Melayu.Orangnya bermisai lenting, kurus tapi bengis dan angkuh, berambut kerinting dan jenis orang yang suka memperlekehkan kedaulatan negeri Perak.Dato' Maharaja Lela (Orang Besar Berempat Perak) adalah orang yang pertama tak puas hati dengan tingkah laku Birch.

Kemuncak kemarahan orang melayu apabila Birch paksa Sultan Abdullah tandatangan perjanjian yang membolehkan orang Inggeris kutip cukai.Kalau tak, Sultan Abdullah akan diturun takhta.Dengan rasa tidak puas hati yang amat sangat, Sultan Abdullah sendiri telah buat 7 kali mesyuarat untuk memikirkan bagaimana menghapuskan Birch.Ada yang mencadangkan agar diracun, ada yang suruh ditikam sahaja, ada pulak idea agar Birch disihir dan ada juga menyuruh menyerang kediaman residen di Bandar Baru.30 Okt. 1875 merupakan mesyuarat terakhir di rumah Dato' Maharaja Lela.Beliau diberi kuasa membunuh Birch dan menganugerahkan baju, tengkolok dan pedang kepada Pandak Indut sebagai wakil untuk membunuh Birch.

1 Nov. 1875, jam 10 malam, Birch bersama Left. Abbot, Mat Arshad sebagai
jurubahasa dan 10 orang askar tiba di Pasir salak menaiki perahu naga. Pada 2 Nov. 1875, ketika itu Birch baru selesai melihat kerja-kerja menampal poster berkaitan pungutan cukai.Kebetulan pada masa itu, askar Birch bersama left. Abbot pergi memburu di Kampung Gajah.Birch bercadang nak bermalam je dalam perahu dan balik ke Bandar Baru (rumah residen) keesokkannya.

Birch pun mandi kat rumah rakit berhampiran perahunya.Tiba-tiba Pandak Indut merejam lembing dan tepat mengenai dada Birch.Terguling Birch ke dalam sungai dan masih bernyawa.Birch cuba untuk berenang untuk naik ke rakit sambil meminta tolong. Tetapi tak sempat nak buat apa-apa, Si Puntum menetak kepala Birch dengan parang panjang.Akhirnya mayat Birch tenggelam dan hanyut.Mayat Birch dijumpai sejauh 183 meter dari tempat kejadian.

Berita kematian Birch menyebabkan Inggeris sangat...sangat... berang.Sebagai balasan, Inggeris telah melancarkan perang besar-besaran ke atas orang-orang Melayu Perak.Inggeris dengan kekuatan darat dan laut di bawah pimpinan Kapten Speedy mengepung sungai perak, membakar rumah yang disyaki, serangan ganas ke atas kota pertahanan orang melayu Batak Rabit dan membunuh tanpa belas kasihan.Walaupun tak cukup senjata dan kekurangan strategi, orang Melayu tetap bertahan.Peperangan ini berakhir, apabila orang yang disyaki telah ditawan dan dibicarakan.

14-22 Disember 1876, bangunan Che Ngah Ibrahim, kini dikenali Kompleks Matang digunakan sebagai mahkamah dan menjatuhkan hukuman mati ke atas Dato' Maharaja Lela, Datuk Sagor dan Pandak Endut pada 20 Jun 1877 manakala Ngah Jabor, Panjang But, Kulub Ali, Si Tuah dan Che Mah dihukum penjara seumur hidup."
Ini adalah tempat J.W.W Birch dibunuh 135 tahun yang lalu.



Gambar di atas : Kawasan sekitar Birch di bunuh dan di sungai itulah sejarah terpalit apabila darah penjajah Birch mengalir bersama arus sungai Perak

Lepas kami ambik gambar sekitar lokasi pembunuhan Birch, kami pun meronda sekitar kompleks. Banyak rumah-rumah lama, artifak dan peralatan orang zaman dulu dipamerkan.Bersebelahan dengan kompleks gak, ada galeri sejarah negeri Perak.Ala... banyak cerita pasal sejarah menteri besar 1 hingga sekarang.







01 October, 2010

KUCHING SARAWAK: 'First time' keluar Semenanjung....

JANUARI 2006

Ini kira lawatan pertama saya keluar daripada Semenanjung Malaysia. So, apa benda yang tak seronok, akan jadi seronok.Apa yang bosan akan jadi tak bosan.Apa saja masalah, akan jadi 'takde masalah'.Maklum la 'first time'....Masa ni Airasia masih baru lagi...& pada masa ni gak, saya boleh tempah 15 orang sekali daftar untuk dapat harga yang sangat murah tanpa dikenakan caj perkhidmatan kad kredit.Tapi Sekarang, bila Airasia dah untung banyak, jangan harap la dapat harga murah bila daftar ramai-ramai.Paling kuat pun sekadar daftar 2 orang je dapat murah.Orang ke-3 dan seterusnya, harga terus berubah semakin mahal.Pastu kena caj kad kredit RM10 lagi tu....'marketing....marketing...'

Kami menggunakan pakej MRSM Kuching.Kami tidur, makan, mandi kat situ dan guna bas diaorang.Rasanya sorang bajet tak sampai RM 100 untuk lawatan ni termasuk tiket 'flight'.Murah tak....
  • Kampung Budaya Sarawak.(gelaran: Muzium kehidupan)
Bagi saya, ini tempat yang berbaloi untuk dilawati sebabnya bila kita datang tempat ni seolah-olah kita dah mengenali semua budaya suku kaum Sarawak. Cerita pasal Sarawak semua ada kat sini.Ada lebih 7 buah rumah suku kaum.Setiap rumah menonjolkan budaya, adat, perhiasan, perkakasan, peralatan, warna, simbol, bahasa, pakaian dan permainan tersendiri.Bukan setakat tengok je malah kita boleh merasai sendiri segala aktiviti, kemudahan dan pengalaman di rumah tersebut.Pastu kami sempat tengok persembahan tarian suku kaum Sarawak hampir 2 jam kat dewan yang 'aircond'.Separuh hari gak kami meronda kat sini..

 

Bacala sedikit info :
Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan.
  • Pasar Satok
Besar gila pasar ni...cakap je nak apa...semua keperluan ada kat pasar ni. Jangan la mintak peti sejuk pulak, mana la ada kat pasar ni....Banyak-banyak benda yang menarik perhatian kami nak beli...ini dia..Ikan Terubok Masin...yang import ada, yang Sarawak punye pun ada..harga lain-lain.Terpaksa kena beli la sebab kat Semenanjung takde..kalau ada pun mungkin mahal.Kat sini RM7 sekor dah boleh beli.

  • Kek Lapis
Orang kata, kalau dah sampai Sarawak, jangan lupa beli kek lapis.Mak aiiii...mahalnya kek ni.Paling murah pun yang jenis kecil boleh beli dengan harga RM50.Kalau jenis besar, harga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit.Saya tanya penjual tu, sebab apa mahal.Diaorang bagitau sebab susah nak buat, perlukan kemahiran tinggi dan bergantung pada berapa banyak lapisan kek...Beli jugak la..sekali seumur hidup.

  • Kilang Pasu
Singgah jap kat kilang pasu...sini bukan setakat jual pelbagai jenis pasu yang pelbagai saiz, warna dan kualiti tetapi kita boleh tengok camne diaorang demonstrasi buat pasu...Kat sini gak kita boleh beli pelbagai jenis tikar yang diperbuat daripada pelbagai jenis kayu balak.Jangan bimbang, kat sini ada perkhidmatan percuma membungkus.'So' senang la sikit nanti nak 'check in' kat 'airport'.


Tikar Sarawak
  • Orang Utan Semenggoh
Kami terpaksa berjalan melalui pinggir hutan untuk nak sampai tempat Orang Utan ni..15 minit gak perjalanan.Ingat kat sini, boleh la pegang Orang Utan jinak dalam sangkar.ermmm jangan harap la.Kita boleh tengok dari jauh je Orang Utan dengan anaknya yang tinggal dalam hutan bergayut sambil makan pisang kat pokok kayu jati dengan begitu bebas sekali.....
  • Water Front
Tempat ni sekadar untuk jalan-jalan di tepi Sungai Rajang sambil tengok orang jual cenderahati.Itu saja... kalau ada duit boleh la naik bot besar untuk pusing satu Kuching.
  • Muzium Negeri
Besar betul muzium ni..Muzium yang pertama dibina di kawasan Borneo.Gabungan 9 bangunan muzium. Ada muzium Sarawak bangunan lama, muzium Sarawak bangunan utama, Muzium Islam, Muzium Sejarah Cina, Muzium Arkeologi Niah, Muzium Wilayah Limbang, Muzium Wilayah Baram, Muzium Tekstil dan Muzium Petronas.. Tengokla macam-macam ada...artifak, dokumen, tapak warisan, tugu, barang antik, kraftangan, senibina dan keagamaan.

Dalam perjalanan pegi Muzium, saya tengok ramai orang berbaju putih berjalan menuju ke sesuatu tempat.Pemandu tu kata..."orang-orang ni semua nak pegi sembahyang kat gereja..kan arini ari ahad"..Tak pernah tengok suasana camni kat Semenanjung.Pelbagai warna kulit ada, kulit orang Melayu pun ada.....Hanya Allah Yang Mengetahui.