JANUARI 2013
Tersesat gak nak pergi Legoland tapi saya follow je signboard Nusajaya dari Lebuhraya Utara Selatan.Kalau tak yakin, tanya je orang-orang kat situ.
Sedikit info tentang Legoland:
- Dibuka September 2012. Masa pembukaan dulu lebih 20,000 orang datang.Setakat Nov 2012, lebih 250,000 orang pergi.Kalau lambat pergi Legoland ni takut lego-lego tu berlumut.Masa kami pergi ni pun, dah mula nampak berlumut.Try la tengok apa hebatnya legoland yang berharga RM 720 juta ni.
- Pertama di Asia.Takde kat Jepun, takde kat Korea, takde kat China & takde kat Singapura.Hanya di Malaysia je.Tempat-tempat lain ada di Billund Denmark, Windsor England, California USA, Florida USA dan Deutschlad Jerman.
- Ada 3,500 parking, lebig 40 permainan interaktif, 7 kawasan atau gugusan bertema.
- Sejarah LEGO : ingat dari Amerika rupanya berasal dari Denmark. Dalam bahasa Denmark dipanggil 'Leg Godt'.Penciptanya bernama Ole Kirk Christiansen, seorang tukang kayu yang pernah bergelut dengan kehidupan yang sangat sukar semasa krisi ekonomi.Pada tahun 1932, Ole mendapat idea untuk membuat mainan LEGO yang bermaksud 'menyatukan secara bersama-sama'.Tahun 1935, Ole menjual permainan pertama kali dan mendapat sambutan.Pastu buat kilang Lego sendiri.Tahun 1944, kilangnya terbakar, Ole sangat sedih.Tahun 1947, dia bangkit balik dan keluarkan Lego yang diperbuat daripada plastik.Tahun 1957, permainan Lego dah berjaya menguasai sebahagian Eropah dan sekarang seluruh dunia mengenali Lego.
- Makanan kat sini memang mahal sangat. Saya beli 2 nasi ayam, 1 nasi puti +kari, 1 kid meal, air mineral water = RM 70...Terlompat saya dengar...nasib baik ada 4 voucher diskaun RM 10 setiap satu.Tinggal la RM 30 je...legaaaa...dinasihatkan bawak la air mineral water sendiri dan makanan sendiri. Mineral water jenis kecil je harganya dekat RM6.
- Kat sini cuaca panas dan kadang-kadang hujan lebat.Bawa la payung sendiri. Kalau tak, nanti akan tergendala nak jalan semua tempat dan mungkin tak sempat nak round semua tempat.
- Saya rasa banyak permainan kanak-kanak dan kepuasan lebih kepada kanak-kanak.Jadi kalau pergi satu family bersama anak-anak kecil mesti seronok tengok diaorang gembira.
- Bila dah bayar tiket kat pintu masuk, kita boleh main apa saja kat dalam tanpa bayaran.
Dah sedia semua...Jom kita jalan-jalan...
1) MINILAND
Jom pergi sana pulak... |
2) CITY STAGE
3) LEGOLAND EXPRESS
Jom naik keretapi.Boleh la tengok keluasan tempat ni.
4) LEGO RESCUE ACADEMY
Kat sini, ala-ala macam bomba la.Kita boleh cuba aktiviti yang dijalankan dengan membawa kereta bomba ke bangunan, kemudian turun untuk pancutkan air ke bangunan yang terbakar.Sakit bahu dibuatnya...
5) LEGO CITY AIRPORT
Kat sini imaginasi seperti naik kapal terbang.Semua bunyi-bunyian seperti berada di lapangan terbang.
6) THE SHIPYARD
Kat sini taman permainan kanak-kanak yang direkabentuk seperti berada dalam kapal laut.
7) BOATING SCHOOL
Kat sini pulak, kita boleh naik bot elektrik dan kena control sendiri stereng bot tu.
8) MARKET RESTAURANT
Dah tengahari, kena makan dulu la.Dalam restoran ni pun ada Lego.Makanan memang cukup mahal.Saya pilih makanan yang paling murah pun kena RM70.Nasib baik ada voucher diskaun RM40.
9) JUNIOR DRIVING SCHOOL
Kat sini 2 aktiviti Driving School.Disebabkan anak saya tak cukup umur, maka main kat junior je.
10) AMBIK GAMBAR DENGAN REPLIKA LEGO
Lego-lego ni banyak bertebaran di tepi-tepi jalan.Cantik la diaorang buat.Teringin nak tau macam mane diaorang buat ni dengan kukuh.
11) TECHNIC TWISTER
12) AQUAZONE WAVE RACERS
13) PROJECT X
Boleh tahan gak mencabar.Ingat, anak saya yang berumur 4 tahun tu takut nak naik..Rupa-rupanya dia lagi berani daripada papanya. 3 kali gak kami main sebab tak ramai orang.
14) DRAGON'S APPRENTICE
15) THE FORESTMEN'S HIDEOUT
16) THE DRAGON
17) OBSERVATION TOWER
Bila naik tower berpusing ni, kita boleh lihat keseluruhan Legoland dari tempat tinggi.Boleh tahan luas gak Legoland ni..
18) LEGO STUDIO

19) DUPLO PLAYTOWN & DUPLO EXPRESS
Baru la ada permainan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.Baru la nampak terhibur anak saya yang bongsu tu..Siap ada keretapi lagi tu dalam taman permainan ni..
20) BUILD & TEST
Kalau nak merasa main Lego, sini la tempatnya.Kami tak sempat nak main, tak cukup masa
21) KID POWER TOWERS & MERLIN'S CHALLENGE
22) ROYAL JOUST
23) DINO ISLAND
Anak saya tak lepas pulak, nampaknya saya sorang je la kena merasa permainan ni...Kat Genting Highland, ada permainan ni..Habis basah seluar dan baju
24) LOST KINGDOM ADVENTURE
Rosak pulak tempat ni...kecewa-kecewa
25) SURAU
Jangan bimbang kat sini ada 2 surau yang selesa disediakan.