Saya pernah ke Sabah pada tahun 2007, ini postnya
http://haizanrunsah.blogspot.com/2010/09/kota-kinabalu-kundasang-ranau-seronok.html
Tahun 2013, saya diberi peluang sekali lagi jalan-jalan ke Ranau. Dalam perjalanan ke Ranau,kami singgah dulu ke RUMAH TERBALIK di Jalan Telibong, Tamparuli.
RUMAH TERBALIK [UPSIDE DOWN HOUSE]
Kami masuk berkumpulan dan dipandu oleh pekerja di situ. Di larang bawa kamera sama sekali. So,tak dapat la nak tunjuk benda-benda yang terbalik di dalam rumah tersebut.Sebenarnya, takde la besar sangat dalam rumah terbalik ni. Rasanya 15 minit je dah selesai menikmati kehidupan yang terbalik. Terfikir gak pengajaran yang kami dapat daripada lawatan ni. Kadang-kadang kita hanya berfikir satu arah sahaja, tetapi kalau kita ubah cara berfikir kepada perspektif yang lebih baru, lebih kreatif, berfikir di luar kotak dan cuba berfikir sesuatu yang mustahil MUNGKIN kita akan mendapat keputusan kejayaan yang lebih hebat.
SELEPAS JALAN-JALAN DI RUMAH TERBALIK, KAMI MENERUSKAN PERJALANAN DAN SINGGAH KE...
PEKAN NABALU
Sebelum sampai ke Ranau dan Kota Kinabalu, bisanya pelancong akan singgah sebentar di Pekan Nabalu, betul-betul di tepi jalan utama Ranau dan Kota Kinabalu. Apa yang menarik tentang Pekan Nabalu ni ialah terletak di sempadan antara Daerah Kota Belud dan Daerah Tuaran. Sempadannya hanya dipisahkan dengan garisan tengah di jalan raya utama yang kami lalui. Sempadan Daerah Ranau pun dah dekat, hanya dipisahkan dengan dua buah kampung sahaja. Penduduknya adalah kaum Dusun dan majoriti beragama Kristian
Apa yang menarik di Pekan Nabalu ialah :
- Tempat ni SEJUKKK...seronoknya...udara segar, nyaman, tenang, pemandangan hutan dan gunung-gunungnya cukup indah. Walaupun ada cahaya matahari, tak terasa kepanasannya. Memang relaks betul la...
- Melihat PEMANDANGAN GUNUNG KINABALU, kebanggaan Malaysia. Ambik gambar sepuas-puasnya di belakang Gunung Kinabalu. Cukup cantik pemandangannya. Di sini pun ada didirikan satu MENARA TINJAU, kita boleh melihat pemandangan yang lebih cantik dan mengujakan
- Merasa NENAS yang ditanam di tanah tinggi. Saya dah rasa...manissss.... Penduduk kat sini memang menjadikan nenas sebagai tanaman utama selain padi bukit, sayuran, buah-buahan dan getah. Siap ada replika nenas lagi tu. Beli la kat deretan gerai buah-buahan di Pekan Nabalu.
- GERAI KRAFTANGAN yang besar, berbumbung dan selesa. Saya cadangkan, beli kraftangan di sini kerana macam-macam kraftangan secara 'one stop' ada di jual. Jangan terkejut, harganya pun lebih murah berbanding di Kota Kinabalu.
PERUT DAH LAPAR NI... KAMI KENA BERHENTI DULU DI....
KUNDASANG
Kami sempat bersolah zuhur di masjid Pekan Kundasang yang dibina kawasan tanah tinggi...boleh nampak pemandangan keseluruhan Pekan Kundasang. Dekat dengan masjid, ada restoran makanan Muslim...dapat makan kepak ayam dengan minum air teh o ais lemon, pastu dengan udara yang sejuk dan membelakangkan gunung-gunung, memang cukup 'cool' la tempat ni.
TAMAN NEGARA KINABALU
Dengan bayaran RM 3 seorang, kita boleh menikmati pemandangan indah di kaki Gunung Kinabalu dengan cuaca yang sejuk, nyaman, segar dan tenang. Tempat ni sebenarnya memberi aura kepada pengunjung untuk bermotivasi mendaki Gunung Kinabalu pada masa akan datang. Saya sebenarnya pernah mendaki Gunung Kinabalu dan menceritakan perasaan saya ketika berada di puncak Gunung Kinabalu di...http://haizanrunsah.blogspot.com/2010/08/coretan-pengalaman-di-gunung-kinabalu.html
[Teringat lagi kenangan manis sampai ke Puncak]
SELESAI MENGAMBIL GAMBAR DI TAMAN KINABALU, KAMI PUN PERGI KE...
PORING HOT SPRING & JAMBATAN GANTUNG
Selain Kolam Air Panas, tarikan yang mesti dilawati iaitu JAMBATAN GANTUNG di Poring ni. Bayaran masuk RM 3. Sebelum meniti jambatan gantung kena mendaki bukit sikit, dekat 20 minit gak kami naik sebab mendaki dengan perlahan. Kalau hujan, susur jalannya memang becak. Memang sedikit meletihkan dengan pakaian yang kotor dan berpeluh-peluh.
Saya pernah naik jambatan gantung Sedim di Kulim http://haizanrunsah.blogspot.com/2010/11/tree-top-walk-sungai-sedim-laluan.html, memang berbeza dengan jambatan gantung di Poring ni. Lantainya hanya beralaskan satu papan sahaja dan sempit dan sesuai meniti untuk seorang sahaja. Talinya berpaut antara satu pokok Menggaris dengan pokok Menggaris yang lain yang dianggap Raja pokok hutan dan boleh menjadi tertinggi di dunia. Setiap post ada ruangan untuk melihat pemandangan. Jaraknya 157.8 meter dengan ketinggian 41 meter. Pemandangan dari Jambatan Gantung cukup-cukup indah...cukup-cukup beremosi..'Speechless'.. Indahnya ciptaan Allah. Di sini, di larang untuk mengambil gambar secara percuma. Kena bayar RM 5. Tak boleh nak sorok, ada penjaga yang akan kejar kita bila tak bayar duit kamera.
DAH NAK MALAM NI..DALAM PERJALANAN PULANG, KAMI SEMPAT BERHENTI TEPI JALAN UNTUK AMBIK GAMBAR BERLATAR BELAKANGKAN GUNUNG KINABALU..
Kebetulan kabus clear so Gunung Kinabalu memang nampak jelas la....makin malam ni, makin sejuk pulak...