Januari 2015
Central Market
Kebetulan saya nak cari gasing untuk buat satu program, jadi saya rasa tempat yang paling sesuai adalah di Central Market. Central Market atau Pasar Seni Kuala Lumpur
merupakan lokasi wajib untuk dikunjungi bagi pelancong tempatan dan
asing kerana di sini adalah pusat bagi segala macam hasil kraftangan,
seni dan budaya daripada Melayu, Cina, India, suku kaum Sabah dan
Sarawak. Central Market terletak di Jalan Hang Kasturi. Pelancong boleh
guna
kenderaan sendiri dan parking berhadapan pintu masuk Central Market atau
menggunakan perkhidmatan LRT dan turun di
stesen Pasar Seni (Putra LRT) atau di stesen Masjid Jamek. Waktu
operasinya pula dari 10am-10pm.
Ada
beratus kedai / gerai kraftangan yang menjual barangan kraf,
cenderamata, kecantikan, kesihatan, hobi, barang kemas, patung,
teknologi, fesyen, pakaian, kasut, beg, mencetak baju, lukisan,
layang-layang, wayang kulit, gasing, permainan tradisi, perhiasan rumah,
barang antik, batik, songket, barang buatan tangan, makanan dan banyak
lagi. Akhirnya saya berjaya gak beli beberapa gasing yang bersaiz
sederhana dengan harga RM 25 sebiji dan saiz besar RM 60.
CENTRAL MARKET ANNEXE & KASTURI WALK
Di
belakang Central Market ada satu tempat namanya Annexe. Di sini adalah
tempat berkumpulnya pelukis, artis dan pengkarya seni menunjukkan bakat
seni mereka melalui lukisan potret, lukisan pemandangan, lukisan batik,
lukisan abstrak, lukisan khat, seni tulisan, seni ukiran dan pelbagai
seni rupa yang dijual daripada semurah RM 10 sehingga semahal RM 1,000
++.
Kasturi
Walk pula dibuka bersebelahan Central Market pada tahun 2011 yang
bersifat 'outdoor' untuk pejalan kaki. Beratus deretan gerai dan kiosk
menanti pengunjung dengan pelbagai barangan kraf, pakaian, cenderamata,
aksesori wanita dan sebagainya dijual.
PETROSAINS


DARK RIDE : Kita akan menaiki kenderaan yang rekabentuknya seperti titisan minyak dan menyusur dalam suasana gelap gelita sambil menyaksikan hutan, menaiki gunung, suasana di lautan dan dokumentari berkaitan kehebatan Malaysia.
GALAXY
: Tempat ni memberi kesan kepada saya kerana terasa kekerdilan seorang
manusia berbanding galaksi, ruang angkasa, planet, bintang dan matahari yang begitu luas seluas luasnya.
GEOTIME DIORAMA : Di sini kita akan merasai pengalaman kehidupan dinasor 200 juta tahun dulu.Cantik probnya. Ada gunung berapi.Di sebabkan fosil tumbuhan dan haiwan dinasor ni la yang menyebabkan terbentuknya minyak. Besar jasa dinasor.
GEOTIME DIORAMA : Di sini kita akan merasai pengalaman kehidupan dinasor 200 juta tahun dulu.Cantik probnya. Ada gunung berapi.Di sebabkan fosil tumbuhan dan haiwan dinasor ni la yang menyebabkan terbentuknya minyak. Besar jasa dinasor.
SPARKZ
: Tempat ini sangat mengujakan pengunjung kerana di sini kita boleh
menjalankan pelbagai ujikaji sains, permainan minda, IQ dan penciptaan
inovasi.
OIL PLATFORM : Kalau nak tau macam mana pelantar minyak di laut, di sini lah tempatnya. Replikanya hampir menyamai pelantar minyak sebenar. Tempat tidur, dapur masak dan klinik pekerja pun ada dipamerkan. Kalau nak merasai simulator helikopter, pengunjung dikenakan bayaran RM 3 seorang.
SPEED : Pengunjung akan didedahkan ilmu, teknologi dan pengurusan berkaitan formula 1. Selain pameran, pengunjung juga boleh merasai permainan dan simulator berkaitan formula 1.
MOLECULE NANO WORLD : Di sini semua pameran dan permainan berkaitan atom dan molekul.EXPLORATION : Pengunjung didedahkan dengan pelbagai peralatan, mesin, jentera dan teknologi canggih berkaitan petroleum.
MOLECULE NANO WORLD : Di sini semua pameran dan permainan berkaitan atom dan molekul.EXPLORATION : Pengunjung didedahkan dengan pelbagai peralatan, mesin, jentera dan teknologi canggih berkaitan petroleum.
MUSIC, ART & SCIENCE : Jangan ingat musik dan seni tiada unsur sains. Semuanya terjawab di seksyen ini.
KID'Z PARADISE
Lokasi yang kami pilih di pusat membeli belah The Mines di tingkat 4. Terdapat juga di Klang Parade dan Quill City.Bayaran, boleh tahan mahal. Hari biasa RM 25 dan RM 38 untuk hari cuti.Bayaran hanya dikenakan kepada kanak-kanak sahaja, ibu-bapa/penjaga percuma dan boleh keluar masuk bila-bila masa.
- Walaupun harga mahal tetapi tiada had masa. Bayaran tu untuk satu hari. Kami letak anak-anak dari pukul 5.00 petang sampai pukul 9.00 malam. Itu pun diaorang tak puas lagi. ha ha ha letih menunggu.
- Tempatnya agak luas, agak bersih dan banyak gak aktiviti permainan yang disediakan. Aktiviti permainan yang paling disukai kanak-kanak ialah permainan pasir. Uniknya pasir tu digantikan dengan biji pokok Cassia yang banyak ditanam di China. Bijinya keras, licin, tidak melekit dan tidak melekat. Dikatakan tempat ni Kolam biji Cassia Indoor yang pertama di Malaysia.
- Banyak kemudahan yang disediakan. Antaranya tempat letak beg berkunci, kawasan rehat ibu-bapa/penjaga, bilik khas untuk parti kanak-kanak, jualan air tin dan wifi percuma.
AL RAWSHA RESTAURANT
Dah penat berjalan. Masa untuk makan malam dan lokasi yang kami pilih ialah Al Rawsha Restaurant, makanan Arab yang terkenal di Kampung Pandan Kuala Lumpur. Kami ikut GPS je dan betul-betul dekat dengan Bulatan Kampung Pandan. Taukenya orang Arab Lebanon dan majoriti pekerja dan tukang masak pun orang Arab. Di buka 24 jam sehari. Terdapat lebih 170 menu makanan dan lebih 30 jenis minuman berasaskan Arab disediakan untuk pelanggan.Ada makanan BBQ, Mansaf & Roasted Chicken, Mandy & Kabsa, Hot Dishes, Hot & Cold Appetizers, Sup, Sandwich, Sea Food, Fahsa & Pans, Fresh Juice, Hot Drinks, Dessert dan Aiskrim. Harga makanan bermula RM 10 - RM 55 dan harga minuman bermula RM 6 - RM 15.
Untuk makan malam ni kami pilih Lamb Mandy (RM 25) , Chicken Mandy (RM 20) air Hawaii (RM 13) dan Avocado Kiwi Juice (RM 13).