MEI 2016
Watak Angry Birds adalah antara watak yang popular di dunia sebab ramai orang suka main game ni kat internet dan ramai yang suka tengok cerita kartun Angry Birds di TV. Sehinggakan watak Angry Birds pun sudah berjaya difilemkan. Disebabkan kepopularannya, syarikat tempatan mengambil inisiatif bekerjasama dengan pengasas permainan Angry Birds, Rovio Entertainment Ltd yang berpengkalan di Finland untuk mewujudkan Angry Birds Activity Park yang telah pun dibuka sejak 2014 di tingkat tiga, pusat membeli belah KOMTAR Johor Bahru City Centre yang merupakan taman aktiviti tertutup pertama di Asia Tenggara. Harga tiket seorang RM 60 (ada kupon rebat untuk beli aiskrim) dan boleh main bermula jam 10.00 pagi sampai 10 malam, dibuka setiap hari.

Sebenarnya tempat ni sesuai untuk kanak-kanak dan remaja sebab banyak aktiviti lebih kepada memenuhi keseronokan golongan tersebut dengan berlatarbelakangkan tema dan gambar-gambar angry birds. Baby, kurang sesuai sebab tak banyak aktiviti yang disediakan, begitu juga orang dewasa, sekadar memantau kanak-kanak bemain je la. Kat sini macam-macam aktiviti dan permainan fizikal yang menyeronokkan dan mencabar kemahiran fizikal dan kognitif seperti Lazer Maze, Tower Play, Go Kart, Trampolin, Piggy Shooting, Captain Black Bird dan sebagainya.

Nak masuk tempat ni kena buka kasut dan berstokin. Kalau takde stokin terpaksa la beli kat kaunter. Sepanjang dibuka 10 pagi - 10 malam, ada 2 kali iaitu tengahari dan lewat petang, permainan akan dihentikan lebih kurang sejam sebab pekerja nak bersihkan dan kemaskan balik permainan.Dah selesai, kita boleh masuk balik dan main sampai puas. Banyak gak kemudahan kat sini seperti tempat makan, tempat menunggu keluarga, bilik hari jadi, toilet yang comel, cctv, kabinet kasut, loker sewa, kerusi roda, kemudahan orang kurang upaya, perkhidmatan lost and found dan sebagainya.
PIGGY SHOOTING GALLERY
GIANT LEAP FOAM PIT
ANTI-GRAVITY TRAMPOLINES
BIRD WIRE SLACK LINE, SPINNING TIME MACHINE & AIR PARKOUR TRACK
ANGRY BIRD'S GAME
ANGRY BIRDS GO KART TRACK
BIRD NEST CLIMBING TRACK
RED BIRD SONA
CAPTAIN BLACK BIRD'S SHIP
CINEMINE
ANGRY BIRD PARK
LAZER BIRD SCOOT
RED BIRD GOAL & SPACE SOCCER SPACE
SPACE DROP AIRBAG
BALANCE BIKE LAGOON
PARENT'S LOUNGE & BIRTHDAY ROOM