DISEMBER 2016

Lokasinya di Teluk Bahang, Pulau Pinang, bersebelahan dengan Escape Theme Park http://haizanrunsah.blogspot.my/2015/03/escape-theme-park-pulau-pinang-biar.html
Dibuka setiap hari, 9 pagi - 7 petang (5.30 petang kemasukan terakhir). Harga tiket dewasa : RM 49, Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM 29, Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM 29. Kalau nak jimat, beli tiket secara online, dapat diskaun 10%. Kami ambik Pakej Keluarga dengan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak dengan bayaran RM 127.
Terdapat 8 tarikan menarik yang boleh kita terokai dalam Outdoor Garden dan 8 tarikan lagi dalam Indoor Discovery. Ambik masa lebih kurang 2 jam gak untuk explore semua ni. Kemudahan pun lengkap seperti parking, surau, restoran alam semula jadi, restroom, bilik sakit, bilik khas untuk baby dan kedai cenderahati.
Tiger Trail : Takde harimau pun cuma suasana alam semulajadi seperti air terjun dan ikan-ikan besar yang berenang bebas di sungai buatan.
Home Tree : Taman yang mempunyai pokok besar sebagai simbol alam semulajadi dihutan.
Grassland : Taman belalang, dragon flies, cicak dan haiwan yang suka merayap di pokok.
Aroma Trail & Butterfly Vista : Taman bunga yang dihiasi dengan rama-rama yang berwarna-warni yang terbang bebas
David's Garden : Taman utama dan taman rama-rama Pulau Pinang yang asal satu ketika dulu. Keindahan yang sangat hijau, segar dan menenangkan dengan menyaksikan rama-rama yang terbang bebas.
Pandora Forest : Alami imaginasi dan dunia fantasi rama-rama. Hiasan lampu yang cukup menakjubkan
Metamorphosis : Pameran yang cukup berpengetahuan berkaitan kehidupan rama-rama dan boleh cuba permainan interaktif yang disediakan.
Cinerama & Breeding Ground
Lumino City & Downtown Entopia : Dunia imaginasi rama-rama dan serangga yang sangat menarik
Underground Mysteries & Understory Tales : Rasai suasana bawah tanah dan bagaimana kehidupan serangga di dalam tanah.
Last sekali KEDAI CENDERAHATI. Macam-macam barang berkaitan rama-rama dan serangga dijual sebagai kenang-kenangan.