Ringkasan misi menawan Gunung Irau :

Lokasi : Cameron Highland, Pahang
Ketinggian : 2110 meter atau 6922 kaki
Status : Gunung ke-9 tertinggi di Semenanjung Malaysia dan ke 15 di Malaysia
Suhu : Sejuk sampai ke puncak. Mungkin sekitar 19 - 23 darjah celcius
Jumlah Pendaki : 7 orang (semua lelaki)
Masa Mendaki Team Kami :
3 jam 45 minit (termasuk ambik gambar dan rehat di Mini Irau)
Masa Turun Team kami : 2 jam 40 minit (Jalan terus, rehat pun take 5 je)
Cabaran Trail : 90 - 95% jalan berlopak, basah, berselut, lumpur dan berlumut. Sebelum sampai puncak kena melalui beberapa bukit kecil. Rating cabaran mungkin kami bagi 7/10
Permit : of course kena....rujuk website Jabatan Perhutanan Negeri pahang atau hubungi Jabatan Perhutanan Cameron Highland
Guide :Sebelum ni ada beberapa kes sesat. Dinasihatkan, guna Pakej Guide. Kalau rasa confident, tak yah guna guide pun takpe. Masa kami daki tu, ada je geng pelancong asing daki sorang-sorang.
Bayaran Guide : RM 250
Bayaran guna kenderaan 4 wheel pergi dan balik : RM 25 seorang
No telefon syarikat untuk pakej mendaki : 017-9997790 (Tebing Tinggi Backpacker)
Guide kami : Epul - 010-9021148. Lincah betul dia ni...pakaian dia tak kotor pun..
(Kalau guna kereta sendiri pun takpe tapi takut risiko kecurian dan tayar kereta rosak sebab jalan sangat teruk. Ada je orang bawak kereta sendiri dan parking kat starting point)
CERITA PENGALAMAN sikit:

LALUAN PENDAKIAN
Guide
epul bagi taklimat dulu berkenan cabaran trail yang bakal dilalui.Pastu
buat streching sikit dan doa semoga Allah beri keselamatan dan
perlindungan sepanjang pendakian. Dikatakan trail ni berisiko tinggi
untuk berlaku kecederaan. Pukul 8.00 pagi, start naik dengan melalui
jalan bertangga kemudian bermula la cabaran laluan berselut, berlumpur,
becak, berlumut dan dipenuhi dengan akar kayu, dahan, ranting,
pokok-pokok kayu yang tumbang. Ada laluan kecuraman sehingga 70 - 90
darjah. Untuk elak kasut kami kotor, kami cuba memijak akar-akar kayu.
Tapi gagal gak, akhirnya masuk gak tempat lopak berlumpur. Sampai
melekat kasut dalam lumpur. Sepanjang pendakian, pemandangan hutan
berlumut cukup indah. Subhanallah...Maha Suci Allah.. Kami pun banyak
take 5 sebab nak ambik gambar.
LALUAN PUNCAK MINI IRAU
Naik bukit turun bukit, naik lagi bukit, turun lagi bukit,
baru la sampai Puncak MINI GUNUNG IRAU. View hutan berlumut di sekitar
puncak Mini Irau ni lagi la sangat menakjubkan dan ya Allah.. memang wow
sangat. Macam cerita The Hobbit, Lord Of The Ring, cerita seram pun
ada. SUBHANALLAH...tu je la mampu cakap.
LALUAN PUNCAK GUNUNG IRAU
Lepas puas ambik gambar, kami
pun meneruskan pendakian untuk sampai puncak lebih kurang 30 - 45 minit.
Sepanjang perjalanan, kami dah mula nampak banyak pokok periuk kera dan
pokok bonsai. Alhamdulillah 11.45 pagi, kami sampai puncak. Sejuk, agak
cloudy tapi cerah. View pun tak kabus, cerah dan boleh ambik gambar
view yang best-best.
12.15
tengahari, kami pun turun dari puncak. Agak laju juga kami jalan sebab
dah tak ambik gambar. Jalan terus dan rehat pun 5-10 minit je.
Perjalanan untuk turun ni meletihkan dan memenatkan sebab kena naik
bukit dan turun bukit dengan laluan lumpur dan meniti akar kayu yang
menyebabkan tenaga semakin habis. Aduiiii... mental kena kuat ni..kalau
tak...boleh collapse gak ni. Alhamdulillah 2.45 petang, kami berjaya
sampai dengan selamat. Terkejut gak cepat sampai sebab guide cakap
biasanya sampai antara pukul 4-6 petang. Pengalaman guide, ada yang
sampai jam 9.00 malam. Menakutkan....
Apa-apa
pun, nasihat saya...kena joging gak sebelum mendaki, kuatkan mental,
pakai kasut yang murah-murah je..dan enjoy pemandangan suasana hutan
berlumut antara yang terbaik di Malaysia....Semoga kita jadi hamba tuhan
yang lebih tawaduk dan tunduk kepada kebesaran dan keindahan ciptaan
Allah.
Dah penat sangat...kami bermalam kat chalet ni... Boleh duduk 4 orang satu bilik..RM 120 satu malam..