03 January, 2021

PORT DICKSON : Menyaksikan Bulan di KLANA BEACH RESORT & Mandi di Kolam Renang Peribadi LEXIS HIBISCUS

Disember 2020



LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Booking E-Voucher sejak bulan Julai 2020 lagi. Ada tawaran menarik untuk bilik Premium Pool Villa sehingga Mac 2021 dengan harga RM 500. Setelah beberapa kali e-mail dengan reservations@lexis.my bagi mendapatkan tarikh yang kosong. Akhirnya dapat tarikh kosong pada 20-21 Disember 2020.

Kami check in seawal jam 3.00 petang. SOP check in yang begitu ketat untuk mengelakkan penularan Covid. Nombor bilik kami 200. Perkhidmatan buggy berwarna merah sedang menanti untuk membawa kami dan beg pakaian ke bilik. 

Menakjubkan tempat ini. Rekabentuk penuh imaginasi berkonsepkan Bunga Raya. Dipenuhi dengan aura kemewahan. Jalan-jalan dan lorong-lorong di atas air seperti kawasan perumahan. Lanskap dan pokok-pokok ditanam dengan penuh kreativiti.

Difahamkan, Guiness World Record mengiktiraf bagi 522 bilik vila di atas air dan mempunyai paling banyak kolam berjumlah 639. Maksudnya setiap 639 bilik pasti ada kolam peribadi. Sesiapa yang menginap di vila mengadap perairan Selat Melaka pasti dapat melihat view yang awesome ketika mandi di kolam renang.

Bila buka sahaja pintu bilik bernombor 200, wowwww. Bilik yang luas. 2 katil king. 2 sofa sandar, kipas, penyaman udara, langsir yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik. Paling best kolam renang dan bilik sauna dengan pemandangan laut. Segala kelengkapan dalam bilik ini memang gambaran kepada kemewahan.

Aktiviti utama kami ialah mandi di kolam renang peribadi sepuas-puasnya bersama-sama anak-anak. (Kedalaman 1.2 meter.)

Aktiviti malam, kami sekadar berjalan-jalan melihat pemandangan sekitar Lexis Hibiscus. Kemudian tengok movie sama-sama di dalam bilik dengan audio gema yang mantap. 


 























KLANA BEACH RESORT

Lokasinya berdekatan dengan Pantai Teluk Kemang dan Pantai Seri Purnama. Uniknya resort ini berbanding hotel dan resort yang lain ialah kita boleh menyaksikan bulan, bintang dan planet di Balai Cerap yang bersebelahan dengan resort. Kami membuat tempahan bilik berharga RM 178 bersekali dengan pakej Night Sky Observatory dan sarapan.




1) Pemandangan Sekitar Resort yang cantik dan menenangkan fikiran. 😎






2) Mandi di Swimming Pool 😍

Disebabkan Covid, kolam renang dibuka pada masa-masa tertentu dengan jumlah pelawat yang terhad. Masa untuk mandi pun ada had masa tertentu. Bagusnya, ada kolam renang khas untuk wanita sahaja. 




3) Jalan-jalan sepanjang pantai melihat matahari terbenam 😊

Berdekatan resort, kita boleh turun melalui jalan bertangga menuju pantai. Pemandangan yang sungguh indah. Jika mampu, berjalan terus di tepi pantai bertemankan ombak sehingga ke Teluk Kemang.







4) 😍Makan Malam di Hadapan Resort 




5) Melihat bulan dan keajaiban langit.😲

Di sebelah Klana Beach Resort, terdapat Kompleks Baitul Hilal yang merupakan balai cerap berbentuk kubah dan menghadap Selat Melaka. Kami menyaksikan sendiri bulan, bintang dan planet menggunakan teleskop bersaiz 24 inci dan mampu membuat cerapan sehingga 0 darjah. Masa untuk aktiviti ini bermula jam 10.30 malam - 12.00 tengah malam sahaja dan perlu bergilir-gilir dengan SOP yang ketat.

Di hadapan lobi resort juga, ada disediakan teleskop yang dikendalikan oleh staf resort untuk menyaksikan bulan secara jelas. Sehingga boleh nampak seakan-akan rekahan di bulan.










6) Jalan-Jalan di Pantai Teluk Kemang.😍

Selepas subuh, kami pun berjalan kaki di pantai menuju Teluk Kemang. [Menggunakan laluan jalan kaki sebelah resort je]. Pemandangan pagi yang menakjubkan. Orang tidak ramai. Kedai-kedai pun tidak buka lagi.








7) Sarapan Pagi di Resort


8) 👪Mandi di Pantai Seri Purnama

Berdekatan dengan resort, terdapat pantai dinamakan Seri Purnama. Kami pergi ketika air sedang surut. Memang tak best untuk mandi.



05 September, 2020

BUKU MOTIVASI : "AWAK SEBENARNYA BUDAK BIASA YANG LUAR BIASA". Kini sudah berada di pasaran ONLINE


 ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Saya HAIZAN RUNSAH dan PEMILIK BLOG ini haizanrunsah.blogspot.com ingin MEMPERSEMBAHKAN buku PERTAMA saya bertajuk :

"Awak Sebenarnya Budak Biasa Yang Luar Biasa"

Buku ini sudah berada di PASARAN ONLINE dan boleh DAPATKAN dengan KLIK WEBSITE ini :

budakluarbiasa.com

Buku motivasi santai berdasarkan KISAH BENAR berkaitan PENGEMBARAAN KEHIDUPAN. Jika ingin mengetahui lebih lanjut apa di sebalik buku ini, layari sahaja website :

budakluarbiasa.com


SAKSIKAN VIDEO PREVIEW PENULIS BUKU : 
"Awak Sebenarnya Budak Biasa Yang Luar Biasa"

18 April, 2020

KIDZOONA Aman Central Alor Setar : Taman Permainan Model Jepun

 Januari 2020


Kidzoona yang menggunakan model Jepun telah diasaskan sejak tahun 2010 lagi. Cawangan Kidzoona telah dibuka di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Johor, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, kelantan dan Kedah. Kidzoona menawarkan permainan yang berkualiti tinggi dan selamat. Ibu bapa akan merasa seronok melihat anak-anak bermain pelbagai permainan yang interaktif seperti Cyber Wheel, Air Bouncer, Ball-Pool dan Lot Kedai dipanggil Narikiri

Kidzoona Aman Central Alor Setar merupakan taman permainan dan hiburan kanak-kanak paling interaktif yang pertama di Kedah. Terletak di tingkat 4, Pusat Membeli Belah Aman Central, Alor setar Kedah.

Bayaran untuk kanak-kanak: RM 15 dan bayi percuma. Ibu bapa tidak perlu bayar. Kita boleh keluar masuk bila-bila masa, hanya bayar sekali sahaja. Kalau datang lewat, terasa rugi pulak. Cuma sediakan stokin siap-siap dari rumah. Kalau tidak bawa stokin, dimestikan untuk membeli di kaunter. Dibuka bermula jam 10 pagi hingga 9.30 malam.

 
 
 
 
 
 
 
 
 

14 April, 2020

TAMAN BURUNG PULAU PINANG: Disambut Renungan Tajam Burung Hantu

JANUARI 2020


SAKSIKAN VIDEO YOUTUBE & 
Jangan lupa SUBSCRIBE video ini


Taman Burung Pulau Pinang telah dibuka sejak tahun 1988 dan masih bertahan sehingga sekarang (ketika post ini ditulis). Ketika tahun itu, taman burung ini adalah yang pertama dibuka di Malaysia. Lokasinya di Taman Tunku, Seberang Jaya berdekatan dengan Sunway Carnival Mall dan Sport Planet Penang. Mempunyai koleksi sekitar 300 spesis burung di dunia dan lebih separuh daripadanya adalah spesis Malaysia. Contohnya spesis Hornbill, Pheasant, Bird of Prey, Softbill, Parrot, Water Fowl, Pigeon dan sebagainya

Lebih 3,000 jenis burung berterbangan bebas di dalam sangkar berkonsepkan dorm dan taman yang cantik dihiasi pokok-pokok renek yang rimbun, rumpunan buluh, pokok bunga berwarna-warni, air terjun, kolam yang dipenuhi kiambang dan pokok lili dan jambatan dengan rekabentuk budaya Cina. Persekitarannya juga redup kerana ditutupi pokok-pokok yang berdahan rimbun.Selain burung, terdapat juga flamingo, ostrich, ikan pelbagai warna, buaya, itik, angsa, python, kura-kura dan banyak lagi haiwan eksotik.

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Bayaran masuk menggunakan My kad dan My kid ialah dewasa RM 25 dan kanak-kanak RM 15. Pelajar sekolah beruniform RM 10.