Ogos 2019

Ketinggian : 725.72 meter
Lokasi : Kawasan Hutan Simpan Papulut Gerik, Perak
Starting Point : Kampung Tawai, Gerik, Perak
Jarak Sehala ke Puncak : 4.2 km
Permit : RM 10 - Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak
Guide : Sobri bin Yaakob ( 013-4599815 )
Pakej Daypack : RM 30 ( Upah guide dan urusan permit )
Itinerary :
2.00 pagi : Jumpa di Sekolah Rendah Seri Tawai dan gerak ke starting point
3.00 pagi : Start Hiking Papulut
6.30 pagi : Tiba di puncak Gunung Papulut
10.00 pagi : Turun dari puncak
2.00 petang : Dijangka tiba parking kereta

Sampai di starting point, dah banyak kenderaan parking rupanya.Kalau parking rumah orang, biasanya kena bayar RM 3 satu kereta kat tuan rumah. Selepas taklimat dan renggangkan badan, kami pun on kan head lamp dengan bacaan Bismillah, Lebih kurang jam 3.00 pagi kami mulakan langkah dengan penuh semangat sempena pagi merdeka ni.
Peringkat awal, 10 minit berjalan melalui ladang. Kemudian kami buka dawai pagar elektrik dan meneruskan perjalanan dengan memasuki kawasan hutan. Trek santai lagi, kemudian kami keluar ke jalan tanah merah, jalan lori untuk angkut kayu balak. Ouhhhh, dah semakin botak rupanya hutan kat sini dengan aktiviti pembalakan. Pacak gak jalan ni. Lebih kurang 30 minit kami sampai di hujung jalan dan kami masuk kembali ke dalam hutan dan berehat jap di sungai kecil.
Peringkat awal, 10 minit berjalan melalui ladang. Kemudian kami buka dawai pagar elektrik dan meneruskan perjalanan dengan memasuki kawasan hutan. Trek santai lagi, kemudian kami keluar ke jalan tanah merah, jalan lori untuk angkut kayu balak. Ouhhhh, dah semakin botak rupanya hutan kat sini dengan aktiviti pembalakan. Pacak gak jalan ni. Lebih kurang 30 minit kami sampai di hujung jalan dan kami masuk kembali ke dalam hutan dan berehat jap di sungai kecil.


Alhamdulillah jam 6.30 pagi, lebih kurang perjalanan 3 jam 30 minit, kami sampai di Puncak Gunung Papulut. Ouhhh...nampak Beirut (penanda puncak) yang dah runtuh, memang confirm dah sampai puncak. Rupa-rupanya dah ada team lain di atas puncak yang sedang berehat menanti matahari terbit. Kawasan Puncak Papulut ni tak luas, 30 - 40 orang je. Bila ramai ni, susah gak nak cari port untuk solah Subuh.
Jam 7.10 pagi, langit dah mula kemerahan, menandakan matahari akan terbit. Suasana pagi yang cukup indah, angin sejuk, langit yang cerah kemerahan, awan yang mula bergerak membentuk hamparan karpet putih tebal merentasi hutan Simpanan Papulut, gunung Pulut, Bukit Gelok, Bukit Kobeh, Bukit Nasah, Bukit Mengkuang dan sekitar banjaran.

Jam 9.00 pagi, dah puas merenung dan mengambil gambar, kami pun mulakan langkah menuruni puncak. Bila cerah ni, cantik pulak pemandangan di laluan permatang, tersergam depan mata, kehijauan bukit-bukit berdekatan. Trek pun nampak cantik di tutupi daun-daun kering yang menyebabkan terasa lembut bila dipijak. Baru nampak trek agak curam dan merbahaya, trek pun semakin sempit. Kami terserempak dan bertegur sapa dengan beberapa orang yang masih berjuang untuk naik ke puncak, disebabkan jalan sempit, kena ada yang mengalah.
Bila dah melepasi kawasan curam, masa untuk gerak laju. Memang cantik flora dan fauna hutan ni. Pokok balak pun banyak lagi tetapi nampak macam dah bertanda untuk di tebang. Sedih-sedih. Lumut gunung yang hijau pun banyak, cendawan besar yang tumbuh di sekitar trek , pokok-pokok herba yang hidup subur menghiasi perjalanan kami. Alhamdulillah takda gajah dan binatang liar yang mengganggu. Pacat pun takde, masa naik dan masa turun. Selamat darah kami. Cuaca pun elok, perjalanan sangat lancar, kami pun sampai di starting point jam 11.00 pagi, setelah 2 jam perjalanan turun. Alhamdulillah semua selamat dan pengalaman yang menakjubkan....
Mission Accomplished