20 January, 2020

THE TOP PENANG THEME PARK : Apa yang 8 jam kami berjaya buat di dalam Taman Tema The Top

JANUARI 2020


Sila tonton video pengalaman kami di The Top dan jangan lupa untuk tekan butang SUBSCRIBE YE...

THE TOP PENANG : 1, Jalan Penang, 10,000, George Town, Pulau Pinang

Tiket Dewasa (MyKad): RM 78    
Tiket Kanak-Kanak (MyKid) dengan ketinggian 90 cm hingga umur 12 tahun : RM 48
Warga Emas 60 tahun ke atas & OKU : RM 48
- Boleh bayar secara tunai dan kad kredit -

Jangan lupa bawa Mykad dan MyKid dan tunjukkan kepada petugas kaunter untuk mendapatkan harga istimewa Mykad. Ouhhh ada diskaun 20% lagi rupanya, kalau kita bekerja dengan agensi kerajaan, dengan syarat, tunjukkan kad kerja. Macam kami ni cikgu, tunjukkan kad NUTP, so dapat la diskaun keseluruhan satu keluarga 20%.

Harga tiket memang boleh tahan mahal tetapi ianya berbaloi jika kita masuk awal masa dibuka waktu pagi dan balik bila masa tutup. Kemudian pastikan explore semua tarikan, lebih kurang 16 tarikan yang disediakan dalam satu bangunan.Kebanyakan tarikan di The Top berkonsepkan 'edutainment', walaupun seronok-seronok tetapi ada pendidikan yang boleh merangsang pemikiran, emosi dan fizikal.

Kemudahan yang disediakan : parking dalam bangunan, tandas, surau, restoran makanan segera (Marry Brown), restoran bukan makanan segera, mesin ATM, kedai runcit, pusat informasi, pentas persembahan, kaunter tiket dan dewan.

Jom, saya kongsikan aktiviti yang sempat kami lakukan daripada pagi sampai ke petang. Lets go....




ADVENTURE
1) OBSERVATORY DECK

Dari tingkat 5, kami menaiki lif ditemani petugas menuju ke tingkat 65. Sampai di tingkat 65, keluar dari lif terus menuju bilik khas yang gelap untuk mendengar dan menyaksikan dokumentari berkaitan Pulau Pinang dan bangunan The Top di skrin yang besar. Awal-awal lagi dah buat kita excited. Di akhir dokumentari, tiba-tiba langsir di buka automatik, wowwwww, ingat gambar rupanya betul-betul pemandangan sekitar Pulau Pinang dari tingkat 65. Gimik mantap.

Selepas itu, keluar daripada bilik dan saksikan pemandangan menakjubkan Pulau Pinang dari sebelah Utara, Selatan, Timur dan Barat berkonsepkan 'glass walkway' yang berhawa dingin. Saksikan pemandangan dengan mata sendiri atau teropong yang disediakan untuk melihat bangunan-bangunan pencakar langit, rumah-rumah yang tersusun, bukit-bukit, kebiruan Selat Melaka, Jambatan Pulau Pinang dan kehijauan hutan yang mengagumkan. 

Jangan lupa mengambil gambar berlatar belakangkan pemandangan Pulau Pinang yang menakjubkan. Jangan lupa juga berdiri dan berbaring di lantai lutsinar. Mula-mula tu memang gayat dan terfikir macam-macam, takut kaca pecah je. Memang nampak jelas pemandangan dari bawah melalui lantai lutsinar ni.

Kalau nak hebat lagi boleh try THE GRAVITYZ dengan harga RM 149. Boleh berjalan, duduk, berbaring dan bergayut di luar bangunan dengan ketinggian 65 tingkat. Pemandangan live, tiada cermin, hanya berpaut pada tali keselamatan. Perlu ada keberanian dan keyakinan tinggi untuk buat aktiviti ni.




2) RAINBOW SKYWALK

Dah puas ronda-ronda di tingkat 65, kita masuk lif semula dan teruskan perjalanan ke tingkat 68. Kali ini pemandangan betul-betul di atas bumbung bangunan. Tingkat paling tinggi dengan ketinggian 816 kaki. 

Tiada dinding kaca. Sangat open. Sangat best sebab boleh merasai tiupan angin, melihat burung-burung berterbangan dan melihat sendiri pemandangan Pulau Pinang yang sebenar tanpa dibatasi kaca. 

Hanya berbumbungkan cahaya matahari dan kebiruan awan. Lokasi yang sangat menakjubkan untuk mengambil gambar. 

Di sini juga ada disediakan lantai kaca lutsinar yang lebih luas. Hilangkan ketakutan, berjalan berkaki ayam sambil pijak lantai lutsinar dan paksakan mata untuk melihat sendiri pemandangan di bawah lantai lutsinar setinggi 816 kaki. Di sini ada restoran, sofa berbumbung dan kerusi bermeja. Boleh duduk-duduk jap sambil menghayati suasana 360 darjah yang menenangkan dan mengasyikkan.




3) JURASSIC RESEARCH CENTER

Lokasinya di tingkat 5. Bukan bila-bila masa boleh masuk. Kena tunggu, ada masa-masa tertentu untuk masuk. Suasananya mengambil konsep filem Jurassic Park. Ada lebih 200 dinosaur yang menggunakan teknologi animatronic dan sangat interaktif. Kalau masuk tempat ni, dalam tempoh 1 jam, kita akan merasai seolah-olah pengalaman yang sebenar.Memang penciptaan pengalaman pengembaraan dunia dinosaur yang cukup hebat.

Ada makmal dinosaur. Boleh lihat telur dinosaur, fosil dinosaur dan rangka badan dinosaur. Kemudian kita masuk makmal, ada dinosaur besar yang diikat dan sedang dikaji. Nanti ada saintis yang akan menerangkan tentang bagaimana kajian dinosaur dijalankan. Jangan lupa ambil gambar dengan anak dinosaur. 

Selesai meninjau makmal dinosaur, kami meneruskan perjalanan menuju hutan dinosaur di tempat yang terbuka. Tiada bumbung beratapkan langit. Kiri kanan, penuh dengan bermacam-macam jenis dinosaur yang tak henti-henti mengaumkan suara ganas.














4) PENANG BOUTIQUE AQUARIUM


Lokasi Tingkat 4. Jom kita tengok flora dan fauna kehidupan marin pulak. Saksikan jutaan ikan-ikan dan pelbagai hidupan laut yang sangat cantik, unik dan berwarna warni dan ditempatkan di dalam akuarium yang sangat kreatif dengan cahaya yang berwarna-warni.











 5) TECH DOME PENANG


Lokasi tingkat 5. Tech Dome adalah berkonsepkan teknologi masa hadapan, sains, informasi teknologi, life tech, robot, optik, electro-magnetism, astronomy dan banyak lagi. Ada lebih kurang 120 aktiviti interaktif sains dan teknologi yang dipamerkan. Jangan takut untuk mencuba segala aktiviti yang sangat berpengetahuan dan menguji minda. Ada satu aktiviti yang mendebarkan iaitu menggelongsor 180 darjah, rasa macam badan kita nak jatuh kat depan.

Kalau ada masa, boleh join sekali menyaksikan persembahan sains secara dekat pada masa-masa tertentu. 



AMUSEMENT
1) DINO GYM

Sesiapa yang bawa kanak-kanak, ini la antara tempat yang disukai untuk bermain. Kanak-kanak cukup seronok berlari, berjalan, meniarap melalui lorong yang penuh dengan halangan. Bermain tembak-tembak, menggelongsor dan melompat-lompat di Trampolin. Pada masa tertentu, akan dihadiri maskot George & Pearl yang akan bersama-sama menemani kanak-kanak di sini untuk buat aktiviti sama-sama.




2) MUSICAL CARAUSEL:Ini biasa la. Aktiviti naik kuda sambil berpusing-pusing.


3) UFO-X : Naik kapal UFO yang berpusing. Sesuai untuk kanak-kanak je ni

4) MAGIC MIRROR MAZE : Masuk ke dalam alam cermin. Di kiri, kanan, atas dan bawah nampak diri kita. Seolah-olah seperti puzzle. Bertenang dan cari jalan keluar daripada dunia cermin ni.



5) ZOMBIE OUTBREAK : Daripada luar tengok rumah hantu ni macam sangat menyeramkan. Gagahkan diri dan pendamkan rasa takut tu untuk masuk rumah hantu yang pasti terasa suasana berhantu dan nenyeramkan. Masa kami masuk ni, takde pulak orang menyamar hantu, banyak patung zombie je.

6) JELLY BUMP : Ini pun aktiviti biasa. Race dan melanggar kereta orang lain.



LAIN-LAIN AKTIVITI

1) PERSEMBAHAN : Sebagai persembahan penutup, semua character dan penari akan menari dan menyanyi di pentas utama sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada pengunjung. Selepas persembahan, boleh ambil gambar sama-sama dengan karakter, maskot dan penari.





2) PAMERAN DORAEMON,TRANSFORMER & INTERACTIVE






Aktiviti yang gagal join disebabkan maintenance dan ditutup : 7D Discovery, Ocean Explorer, Dance OKI dan Durian The King Fruit.

No comments:

Post a Comment