19 August, 2010

GUNUNG KINABALU SABAH : Sebuah Coretan pengalaman...


         
Dis. 2008         Semasa di sekolah rendah lagi, aku sudah memasang impian " satu hari nanti, aku pasti akan pergi ke GUNUNG KINABALU" . Akhirnya termakbul juga doaku. Dari Kota Kinabalu kami pergi ke Taman Kinabalu menaiki bas. 90 km jauhnya. Sampai di Taman Kinabalu, hari dah malam. sejuk...  sampai berasap mulut kami. Kami menginap di resort yang disediakan. Macam tempat orang putih..siap ada unggun api lagi dalam bilik resort tu.


        Selepas subuh kami pergi bersarapan di kafetaria.Sedap makanannye.Hampir jam 8.00 pagi, kami pun memulakan langkah mendaki GUNUNG KINABALU setinggi 4ooo meter dan tertinggi di Malaysia.Semasa mendaki takdela rasa sejuk sangat walaupun sebenarnye sejuk.Sebab penat mendaki.Keluar gak peluh.Sebenarnye semasa mendaki tak la sesukar mana sebab dah disediakan laluan. Ada la beberapa 'part' dimana kecerunannya sehingga 90 darjah.Susah gak tu. Semasa di pertengahan jalan, kami berehat jap.Tiba-tiba terdengar bunyi yang agak menggusarkan di sekitar semak. Ingat harimau, rupa-rupanya sekumpulan tupai hutan datang ke arah kami. Jinak betulla tupai ni.

     Semakin tinggi mendaki, semakin indah pemandangan..semakin berkabus...semakin kedinginan...semakin tinggi, semakin indah ciptaan Allah..semakin tinggi, semakin sayu melihat hebatnya ciptaan Allah. Subhanallah... Allahuakbar.Akhirnya aku berjaya sampai hampir jam 5.00 petang di Laban Rata. Ini belum sampai puncak lagi .Baru 3/4  pendakian. Kami diberikan bilik masing-masing.Aku sempat berehat di persekitaran asrama.Duduk di atas batu sambil melihat pemandangan yang sangat cantik. Kehijauan pokok, kepulan awan , langit membiru, dengan kedinginan sehingga 5 darjah celcius. Subahanallah...seperti berada dalam mimpi.Syurga dunia betulla.Kami sempat makan malam di kafetaria yang disediakan.Macam hotel, siap ada chef lagi tu.Kambing panggang pun ada.Sedang kami seronok makan, rupa-rupanya ada seorang perempuan dalam 'team' kami baru sampai..hampir pukul 9.30 malam.Kesian tengok dia..dalam keadaan sangat lemah, menggigil kesejukan dan hampir pengsan.Orang-orang di kafetaria tak kira la orang Malaysia dan orang putih berasa simpati dan mereka bertepuk tangan sebagai tanda sokongan dan motivasi.Terharu gak masa tu.Aku sedap-sedap belasah daging kambing, rupa-rupanya ada orang yang menderita.Syukur..dia selamat. 

      Ya Allah malam tu aku tak boleh tidur... sejuk sangat, rasanya dah sampai negatif darjah celcius.Kepala pening. Terpaksa pakai 3 lapis baju, 2 lapis seluar, 2 lapis stokin, sarung tangan dan topi.Itu tak termasuk selimut lagi tu.Pukul 3 pagi, kami bersiap sedia untuk menawan puncak.Kalau ikutkan logik akal, aku dah tak larat nak naik.Rasa lemah...sakit kaki pun tak reda lagi.Aku sempat masak air tapi tak sempat nak minum air yang panas.Sebab tak sampai 5 minit, air yang baru dimasak dah jadi sejuk. 


     Bermula lah pendakian yang amat mencabar di waktu kegelapan pekat malam.Sekadar bercayakan lampu suluh dan bintang-bintang di langit.Kali ini memang sangat teruk. Banyak sangat cerun dan dah tak nampak pokok.Hanya batu-batu dan tali-tali untuk berpaut.Pendakian semakin bahaya apabila hujan renyai-renyai.Jalan semakin licin.Aku terfikir kalau tergelincir mesti 'out ' punye la.Bila pandang tepi terasa sangat gerun kerana hanya jurang dan gaung.Kalau jatuh memang takde tempat untuk berpaut.Ya Allah tersangat lah sejuknya.Aku tak boleh melangkah laju sebab sakit kaki. Hanya setapak demi setapak kemudian rehat sambil dalam hati menyebut "Allah..Allah..Allah..tolonglah aku sampai ke puncak, aku ingin merasai dan melihat kebesaranmu wahai Tuhan". 

     Akhirnya aku berjaya sampai ke puncak KINABALU. Aku lihat ramai dah sampai ke puncak. Ada yang tidur, bergambar dan duduk menikmati pemandangan.Aku seperti berada di dunia lain kerana aku betul-betul berada di atas langit dan gumpalan awan tebal di bawah puncak.Syukur aku dapat menunaikan solah subuh bersejadahkan batu dan berwudukkan debu-debu GUNUNG KINABALU.Sambil aku menunaikan solah subuh secara tak sengaja, air mataku mengalir.Setiap kali aku membaca kalimah ALLAH, airmata berderai.Seolah-olah aku memahami setiap ayat-ayat yang ku lafazkan.Terasa ketenangan yang amat mendalam.Aku bukan sedih kerana kejayaan sampai ke puncak tetapi aku terasa dekatnya ALLAH dalam hatiku.Aku merenung matahari terbit...Ya Allah indahnya.Barulah kini aku faham akan firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda bagi orang berakal (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka.” (Surah Ali Imran ayat 190-191).

     Cuaca semakin buruk.Hati terasa berat untuk meninggalkan puncak KINABALU.Rasa belum puas lagi merenung keindahan ciptaan Tuhan.Namun kami mesti turun. Jika tidak, boleh membahayakan keselamatan.Kami turun dalam keadaan hujan yang kadang-kadang lebat dan kadangkala renyai.Kali ni semakin sakit kedua belah kakiku.Seolah-olah lumpuh sehingga ke pinggang.Namun aku berdoa setiap masa agar diberi kekuatan untuk sampai ke bawah.Aku berasa simpati ke atas beberapa kawanku kerana gagal menawan puncak. Ada yang muntah-muntah hijau, mengah disebabkan kesukaran bernafas dan sakit kaki.Aku mengakui aku tak bersedia dari fizikal. Mungkin niatku mendaki 'bukan sekadar menawan puncak tetapi aku mahu melihat dan merasai bukti kehebatan dan kebesaran Allah' maka ALLAH mengizinkan aku sampai ke puncak...Alhamdulillah..Tiada kekuatan dan daya melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.

4 comments:

  1. congrats cikgu sebab berjaya sampai kat puncak gunung..mesti best gila kan? hehe.

    ReplyDelete
  2. So incredibly beautiful! Those views,

    ReplyDelete